Hidup Beri Manfaat

Sunday, March 22, 2015

IQRA: Bacalah dengan Nama Tuhanmu


“Iqra. Bacalah dengan nama Tuhanmu.”

Ayat pertama yang diwahyukan kepada kepada kekasih Allah, Rasulullah SAW membawa kita berfikir ‘iqra’ bukan terhenti hanya dengan membaca teks tetapi pembacaan lebih mendalam bersama dengan nama Tuhan. Sebuah pengamatan yang dibaca dengan God conscious serta menggunakan akal untuk berfikir akan memberi kesan kepada hati serta tindakan. Ianya dapat membantu melihat diri sendiri dengan kekuatan potensi diri yang ada yang dikurniakan Allah kepada hamba-Nya.

Justeru, matlamat pendidikan yang sebenar ialah melaluinya manusia mampu meraih nilai-nilai mahmudah dan kemanusiaan seterusnya mampu menjadi elemen bermakna di dalam masyarakat serta menjadi hamba Allah yang mengenal erti kehambaan, ke arah menjadi manusia yang terbaik dunia dan akhirat.

Professor Dr. Tariq Ramadan mengungkapkan, “To be a good Muslim is always to strive to have a good knowledge. This must relate to the principles, context and environment – where and with whom you are living and what you want to achieve there. In the name of the principles, one must consider the context within which you are living and then draw your conclusions, evaluate. We need to evaluate, we need to assess where we are.”

Bagi melahirkan seorang individu yang terbaik bukanlah secara kebetulan tetapi ianya bermula dengan pemilihan pendidikan yang terbaik, pengisian ilmu-ilmu yang mantap serta faktor persekitaran yang meyumbang dalam pembentukan seorang individu.


Perkampungan Global (Global Village)

Kepesatan pembangunan global dari pelbagai aspek khususnya dalam bidang komunikasi dan pengangkutan telah menjadikan dunia sebuah perkampungan kecil. Interaksi antara masyarakat sesebuah negara yang berbeza budaya, pengetahuan, kemudahan dan sebagainya tidak menjadi halangan lagi pada masa kini. Masyarakat dunia menjadi seperti sebuah kejiranan yang mudah untuk berkomunikasi dan bertukar idea antara satu sama lain.

Dengan itu, pendidikan adalah senjata yang terbaik untuk membekalkan nilai dan ilmu supaya mampu untuk memartabatkan insaniatul insan dan membina dialog dengan tamadun lain.
Teknologi yang semakin pesat juga mendekatkan manusia dengan pelbagai kemudahan yang mempercepatkan lagi penyampaian ilmu dan maklumat. Umat Islam harus mengambil ini sebagai satu kemudahan yang membantu dalam membangun diri, dan juga umat Islam.


Pendidikan Sebagai Alat

Allah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Seorang insan bukan sahaja meliputi fizikal dan mental bahkan mempunyai aspek roh, perasaan dan emosi yang perlu dipandu dengan iman dan ilmu. Setiap hari, hubungan seorang hamba dan pencipta-Nya melalui solat dan ibadah-ibadah lain mengingatkan hakikat kejadian. Anugerah akal membawa kita berfikir tentang hakikat masa lepas dan masa depan dalam mencari jawapan soalan-soalan seperti “Siapa diri kita? Apakah dunia ini? Apakah tujuan kehidupan dan kematian? Siapa yang menghantar kita ke dunia, dan mengapa? Ke mana kita akan pergi , dan apa tujuan hidup kita? Siapa yang menjadi pemandu dan panduan ketika di dunia ini?”

Ilmu dan iman membantu untuk kita menjawab soalan-soalan ini seterusnya mampu untuk mempersiapkan diri ketika di dunia lagi.

Jika dilihat dari zaman jahiliah sehingga kini, antara musuh utama yang perlu diatasi iaitu kejahilan (ignorance). Kejahilan merupakan masalah yang paling serius yang perlu diatasi dan ianya boleh diatasi tidak lain tidak bukan hanya melalui pendidikan, kerana ubat kepada kejahilan adalah ilmu. Masyarakat yang menolak ilmu akan terus berada dalam lingkungan kejahilan dan penyakit-penyakit dalam masyarakat tidak akan dapat diselesaikan.

Pembaikan dan kesempurnaan dapat dipenuhi melalui pendidikan. Meskipun sebuah negara yang mempunyai sosial dan politik yang lumpuh, namun mempunyai sistem pendidikan yang efektif dan terbaik, ianya mampu untuk menjadi kenderaan menggerakkan nilai dalam masyarakat.
Dengan pendidikan yang holistik dan tarbiyah, ianya mampu untuk melahirkan masyarakat khayra umat seterusnya segala penyakit di dalam masyarakat seperti jenayah, kemalasan, kemunduran, dan sebagainya dapat diatasi.


Transformasi ke Arah Masyarakat Berilmu (Knowledgeable Society)

“Allah tidak akan mengubah sesuati kaum melainkan mereka ubah dirinya sendiri”
Usaha untuk mengubah diri adalah pilihan setiap individu. Zaman kini, dengan kemudahan –kemudahan yang pelbagai tiada lagi halangan dan alasan untuk kita meraih seberapa banyak ilmu yang kita mampu.

Bagi melahirkan sebuah tamandun yang hebat mestilah mempunyai masyarakat yang berilmu dan sebuah masyarakat berilmu mestilah mempunyai individu-individu yang berpendidikan di dalamnya. Masyarakat yang berilmu mampu melahirkan khalifah terbaik bukan sahaja berkeupayaan mengemudi kehidupan bahkan dapat menghidupkan kehidupan. Inilah output yang dicari dalam mana-mana falsafah kependidikan.

Peter F. Drucker ada menyebut, “Knowledge has become the capital of a developed economy, and knowledge workers the group that sets society’s values and norms, finally affects what we mean by knowledge and how it is learned and taught.”

Sebuah negara yang bercita-cita ingin melahirkan struktur masyarakat berpengetahuan dan berilmu, akan dilihat sebuah negara yang mempunyai modal yang tinggi yang kelak akan menjadi aset yang sangat bernilai bagi sebuah negara. Relevennya, alaf 21 ini memperlihatkan bukan sahaja institusi pendidikan mampu melahirkan individu berilmu secara lansung bahkan organisasi pekerjaan juga dijadikan institusi pendidikan dan pembelajaran yang mana ianya mampu untuk melahirkan pekerja, bukan sahaja berkeupayaan untuk menjadi tenaga kerja dan eksekutif bahkan mendidik akhlak dan pekerja yang berilmu. Masyarakat berilmu inilah elemen input terpenting sebuah negara untuk membina peradaban yang tinggi pada masa akan datang.

1 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook