Hidup Beri Manfaat

Friday, December 20, 2013

Seputar Perjalanan : Tetamu Kehidupan




Menjelang senja,
Riuhan keriangan, larian dan jeritan kegembiraan anak-anak memenuhi ruang,
Dahulu kita usia seperti mereka,
Usia yang masih belum mengenal realiti dunia,
Itu salah satu fasa kehidupan manusia,
Alam kanak-kanak sebelum menginjak dewasa,

Terpinggir jauh dari kesibukan kota,
Di persisir sungai Mekong itu menjadi saksi mereka,
Di kala di beberapa sudut dunia manusia berkejaran memenuhi keperluan dan kehendak dunia semata,
Satu Nikmat anugerah merasai denyut-denyut nadi di luar kota,
Membawa muhasabah seketika, apa makna dan tujuan kehidupan kita menyinggah di dunia sementara,

Barangkali mereka tidak punya kemewahan material dunia,
Tetapi dari kesederhanaan itu menuntun mereka mengisi hati-hati dan jiwa,
Berlari-lari anak-anak kecil itu bersama senyum tawa,
Di sebahagian pelusuk dunia, anak-anak seusia mereka sudah diberi dengan teknologi dan masa habis mengadap permainan alam maya,
Meskipun anak-anak ini tanpa mengenal Ipad, iphone, Tablet mahupun laptop belum lagi memenuhi ruang cerita,
Ruang waktu mereka turun bersama rakan-rakan sebaya,
Layang-layang, berlari-lari, sampan dan sungai lazim buat mereka,
Mereka tidak mengenal 'angry bird','pou', yang menjadi permainan kini kanak-kanak seusia,

Pengisian dalam kehidupan ini yang membezakan dalam mencari makna,
Sampai waktunya, anak-anak kecil menginjak dewasa,
Sebuah pengisian yang sarat, serta Ilmu dan Pengetahuan itu perlu dibekalkan agar menjadi cahaya,
Semakin mendekat kepada Rabb dan bermanfaat buat diri, keluarga, masyarakat dan agama,
Dalam usaha mengejar kedudukan Taqwa dan Redha-Nya itu lebih utama,
Merungkai makna saadah dan sakinah dunia dan akhirat kedua-duanya,

Dunia ini permainan dan cubaan,
Dalam mempersiapkan, agar diri kehadiran kita berjasa, bukan tersia,

Pada ibu bapa mencorak seorang anak kecil itu yang dilahirkan suci seawal usia,
Mendidik, membawa mengenal dunia dari sudut akhirat, agar kehadiraanya di dunia bukan sekadar mengisi ruang dunia bahkan mampu mengisi jiwa-jiwa manusia yang menghuni dunia,
Mengenal hakikat diri, kita ini hamba yng bakal pulang mengadap pencipta dengan merebut Taqwa di sisi-Nya.

"Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu." (Surah Al Hujuraat: 13)

Nikmat Iman dan Islam, Alhamdulillah wa Sykurillah.

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Surah Ar-Rahman)



Nuur Halimatus Saadiah Masrukhin,
Kampung Chroy Mentry, Cambodia
18 Disember 2013, 15 Safar 1435H

0 comments:

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook