Hidup Beri Manfaat

Tuesday, October 1, 2013

Seputar Perjalanan : Menyoroti Kehidupan Rakyat Kemboja

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, kali pertama menjejakkan kaki ke bumi Kemboja pada Ogos yang lepas selama seminggu. Berjalan dan melihat kehidupan dari satu sudut ke satu sisi masyarakat Kemboja.

Sebelum ini hanya mendengar cerita dari keluarga dan sahabat-sahabat yang sudah sampai ke sana. Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk merasai pengalaman sendiri melihat kehidupan masyarakat Kemboja.

Wajahnya tidak jauh beza, tipikal asia dan sebahagiannya serumpun. Ada sebahagiannya kecilnya boleh bercakap bahasa Melayu. Jika tidak, alternatifnya komunikasi menggunakan Bahasa Inggeris. Limitation dari segi penguasaan bahasa benar-benar menyukarkan komunikasi serta untuk menerima dan menyampaikan masej. Perjalanan dari satu benua ke satu benua, memberi signal kepentingan menguasai pelbagai bahasa, language as a power tool. Kunci untuk menguasai pelbagai ilmu bidang juga bermula dari pengusaan bahasa yang hebat dan mantap. Bagi saya, dua bahasa dunia utama yang dibutuhkan iaitu Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris selain penguasaan bahasa-bahasa lain seperti Mandarin, Spanish, Perancis, dan sebagainya. Proses pembelajaran itu sepanjang masa.

Pertama kali jejak kaki di lapangan terbang antarabangsa Kemboja mngingatkan saya pengalaman ketika di Indonesia,suasananya seakan sama tetapi bahasa dan budaya yang berbeza serta masyarakatnya.

Kenderaan Tuk-Tuk Panjang Yang Menjadi Kenderaan Awam
Berulangkali pusing-pusing di kota Phnom Penh, sesekali berkunjung ke perkampungan ke Choy Mentrey Leu melihat sebuah projek sekolah konvensional yang bakal dimulai akan datang Insya-Allah.

Pembunuhan penduduk pada zaman pemerintahan Pol Pot sekitar tahun 1975-1979 meninggalkan kesan kesan kepada masyarakat dari segi akses kepada ilmu, perkembangan pendidikan, pemikiran masyarakat, pembangunan,dan sebagainya. Kesan yang dilihat pada harini, Kemboja agak sedikit ketinggalan dari banyak sudut khususnya buat masyarakat Kemboja di luar bandar. Meski perjalanan pertama ini tidak turun ke banyak kampung-kampung, tetapi sudah cukup untuk merasai kehidupan rakyat Kemboja.

Jalan Utama Phnom Penh ke Choy Mentrey Leu Yang masih dalam Pembinaan

Di Phnom Penh yang merupakan pusat bandar Kemboja, menjadi tempat utama ekonomi, pelancongan, perniagaan. Keadaan seperti kota-kota sibuk, yang pesat membangun yang kita sering lihat di kebanyakan tempat negara membangun.

Kehidupannya jauh berbeza antara penduduk di kota Phnom Penh dan di kampung-kampung. Sama ada dari sudut ekonomi, budaya, kesibukan, dan sebagainya. Mungkin jaraknya sekitar dalam 20-30 km tetapi keadaan infrastruktur jalan yang masih dalam proses pembinaan, perjalanan yang singkat mengambil masa sedikit, sesekali terasa seperti menaiki kuda dengan keadaan jalan. Terfikir saya, jarak ini juga memisahkan penduduk yang kurang dari segi ekonominya untuk ke bandar-bandar. Bergerak dari luar bandar ke bandar memerlukan 'pitih' untuk kenderaan mahupun perbelanjaan. Dengan gaji rata-rata penduduk luar bandar masyarakat Kemboja yang mempunyai pekerjaan sekitar $USD80 (kira-kira RM240) hingga $USD150(kira-kira RM450) sebulan, ruang ekonomi agak terhad dan pembangunan dari pelbagai sudut untuk memenuhi keperluan juga agak terbantut. Penduduk di luar bandar terus di dalam keadaan ekonomi yang sama. Kerana itu, atas keperihatinan saudara-saudara kita di Malaysia dan pelbagai tempat, pelbagai sumbangan dihulur kepada mereka sama ada berbentuk wang ringgit, pakaian, keperluan makanan dan lain-lain lagi.

Perjalanan itu muhasabah. 
Dengan melihat sekeliling dari setiap perjalanan, muhasabah atas segala nikmat yang Allah kurniakan.

Berulang-ulang di dalam Surah Ar-Rahman, Allah mengingatkan hamba-Nya,
 "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin?). " [Surah Ar-Rahman]


"Dan Dia memberikan kepadamu (keperluanmu) daripada segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menentukan bilangannya (tidak akan terhitung banyaknya). Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)." [Surah Ibrahim : 34]


Pendidikan diutamakan

Meski dari segi beberapa perkara mungkin menjadi sebab untuk bergerak, alhamdulillah sekolah-sekolah di luar bandar yang sedang dibangunkan sebahagian hasil sumbangan rakyat Malaysia dan pihak-pihak lain. Keperluan pendidikan di luar bandar terus diutamakan kerana dengan pendidikan itulah masyarakat dapat dibangunkan dari segi pemikiran, sahsiah, peradaban, ekonomi. kemahiran dan sebagainya. Pengisian dan pembelajaran agama yang menjadi nadi di sekolah-sekolah seawal kanak-kanak, terus menjadi nadi kuat Muslim Kemboja di sana. 


"...nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang yang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti akan apa yang kami kerjakan." [Surah Al-Mujadalah: 11]


Melihat wajah-wajah kanak-kanak ke sekolah, benar-benar terselit kegembiraan. Ketika sampai di perkarangan sekolah, kanak-kanak ini sedang dalam waktu rehat, terasa keriuhan riang tawa dan senda gurau merekat menyambut tetamu. Jika dilihat, suasana persekitaran masih terjaga dari segi kebebasan sosial yang mungkin sering dilihat di bandar-bandar. Dari segi itu, aspek pendidikan yang terbaik menjadi teras membentuk akhlak,jati diri, dan pemikiran anak-anak ini supaya nantinya mampu mendepani cabaran masa kini Insya-Allah. 


Semoga Allah mengangkat mereka sebagai orang yang berilmu dan mampu mengemudi masyarakat akan datang, meraih kejayaan dunia akhirat Insya-Allah.

Bersama Mufti Kemboja (Kiri) dan Ayahanda 

Madrasah Nurul Iman yang Terletak di tepi Sungai Mekong

Anak-Anak Sekolah Nurul Iman di Chroy Metrey Leu 

Perkarangan Sekolah Nurul Iman 

Ibadah Qurban dan Aqiqah

Jika di tempat kita, mungkin mudah untuk menikmati hidangan daging lembu, sudah menjadi menu kebiasaan. Namun, bagi saudara-saudara kita di sana sesekali mereka dapat merasai cicipan daging lembu atau kambing.Yang mampu untuk mendapatkannya sendiri (ada kuasa membeli) dapatlah mereka merasai, tetapi bilangan besarnya Muslim komuniti di sana hanya menunggu masa tiba ibadah Qurban yang dilaksanakan di tempat mereka mahupun Aqiqah (ada yang hanya makan daging setahun sekali).

Justeru, sempena Eidul Adha 1434H yang bakal menyusul 2 minggu lagi bagi sahabat-sahabat yang berhajat mahu menyertai ibadah Qurban atau Aqiqah di Kemboja boleh melalui eQurban yang mana eQurban ini usahasama dengan pihak Koperasi Muslim Kemboja (CMC). Semoga sahabat-sahabat yang bersama menyertai ibadah Qurban juga dapat memberi kegembiraan buat saudara kita di Kemboja. Mudah-mudahan, nikmat beribadah sambil memberi Insya-Allah.



(Video Rakaman Program Khas eQurban di Galeri Nasional RTM pada tahun lepas 1433H/2012)


*Bagi yang berhajat untuk membuat Ibadah Qurban atau Aqiqah di Kemboja ini, atau mahu menyumbangkan sumbangan seperti keperluan pendidikan kanak-kanak, dan lain-lain boleh terus menghubungi 013-2536735.

Semoga usia yang dipinjamkan kepada kita ini,
Hidup Beri Manfaat Sebanyaknya.

Semoga Allah meRedhai kita semua.


Nuur Halimatus Saadiah Masrukhin
25 Zulkaedah 1434H

0 comments:

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook