Hidup Beri Manfaat

Friday, June 14, 2013

Tawaran 2 Buah Buku "A Young Muslim's Guide to the Modern World" Kepada 2 Respoden Terbaik


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Bersempena perkongsian bedah buku yang bertajuk “A Young Muslim’s Guide to the Modern World” tulisan Professor Dr. Seyyed Hossein Nasr, pembentang menawarkan 2 buah buku menanti buat 2 orang pendengar yang bertuah yang memberi respon dan maklum balas terbaik berkenaan dengan dunia remaja (pandangan dari sisi seorang remaja Muslim).


  • Antara cabaran dan masalah yang dihadapi oleh remaja/pelajar?
  • Apa yang diperlukan dan diinginkan oleh remaja/pelajar?
  • Program-program cadangan untuk mengisi masa remaja & pelajar?
  • Bahan bacaan yang diperlukan oleh remaja serta senaraikan topik yang dirasakan perlu kepada dunia remaja?
  • Lain-lain cadangan atau komen berkenaan dengan dunia remaja?


Penilaian akan dibuat berdasarkan respon/maklum balas yang terbaik, kreatif, padat, merangkumi semua point diatas serta menepati kriteria-kriteria oleh pihak penilai. Keputusan akan dimaklumkan pada seminggu selepas tarikh tutup dan keputusan adalah muktamad. (Sila rujuk laman ini dari masa ke semasa untuk update informasi).

Semua maklum balas dan respon hendaklah dihantar ke alamat email nur_halimatus@yahoo.com selewatnya hujung bulan ini,  30 Jun 2013.

“Membangun Masyarakat Berintelektualiti Melalui Pembudayaan dan Perkaya Ilmu."


5 Sya'aban 1434H

0 comments:

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook