Hidup Beri Manfaat

Saturday, November 17, 2012

Aku Peduli atau Aku Sendiri : Gaza Memanggil Kita

"Palestin akan diserang bila-bila masa", kata-kata yang mengingat saya beberapa minggu ini.

Ketika umat Islam seluruh dunia dalam sambutan menyambut kehadiran Tahun Baru Hijrah 1434 Hijrah, di satu tempat yang keluasaan kawasan mereka semakin hari semakin mengecil kerana dirampas, mereka sudah bersedia.

"Gaza diserang lagi."

"Gaza under Attack."

"Bumi Gaza kembali berdarah."

-GAZA, PALESTIN.-

Sebut sahaja Gaza, sebuat sahaja Palestin terus terbayang ujian dan cabaran buat penghuni Al-Quds.
Hebatnya Penduduk Gaza. Hari-hari  yang dilalui mereka, bertambah kuat kepergantungan dan pengharapan mereka kepada Allah yang Maha Besar, Tuhan sekalian alam.

Kita tidak pernah mengiktiraf negara Israel apatah lagi memberi mereka 'menyentuh' penduduk Gaza. Sesekali tidak akan pernah. Kita akan terus menentang sekeras-kerasnya pencerobohan dan perampasan Zionis Laknatullah ke atas bumi Gaza, Palestin.

Berderet-deret updates masuk di facebook dan twitter, kadangkala hampir luluh hati melihat kerakusan dan kebiadapan Zionis terhadap ummat Islam di Gaza. Kekejaman mereka tidak mengenal usia. Seawal bayi, kanak-kanak, wanita tanpa mengira waktu. Tersenyum para Syahid dan Syahidah dan pastinya tiket menjadi penghuni Syurga.



Ketakutan kita atas Kelalaian dan kealpaan Kita untuk mengambil Cakna Isu Umat

Serangan besar terbaru Zionis Laknatullah  ke atas penduduk Gaza memberikan satu signal dan  ketukan hebat buat semua manusia khususnya Umat Islam akan nilai kemanusian dan mengambil cakna isu ummat di seluruh dunia.

Mengetuk hati kita untuk mengambil tahu bukan sahaja Isu yang berlaku di Gaza, Palestin bahkan Isu Umat Islam yang terus ditindas yang berlaku di seluruh dunia seperti Syria, Burma, Afghanistan, Iraq, Afrika dan sebagainya.

Hari ini kita dapat lihat, bukan sahaja umat Islam malahan ratusan ribu bahkan mungkin juta bersama membuat demontrasi seluruh dunia termasuklah di negara-negara barat seperti Amerika, Kanada, United Kingdom dan sebagainya. Atas nama 'kemanusian' mereka berdemontrasi. Mereka sendiri tidak sanggup melihat kekejaman yang berlaku di bumi Gaza.

Alangkah sedihnya jika kita ummat Islam sendiri yang mempunyai hubungan persaudaraan tercabut rasa nilai kemanusiaan terhadap saudara sendiri. Tidak mahu mengambil tahu, atau buat-buat tidak tahu. Kita takut andai  ini hilang dari hati kita. Na'uzubillah min zalik. Moga kita dilindungi dari sifat ini. 

Hadis Rasulullah S.AW. yang bermaksud: "Barangsiapa tidak mengambil berat tentang saudaranya sesama Islam, mereke bukan termasuk dalam kalangan kami."

Pesanan  Rasulullah S.A.W ini membawa kita dan diri saya sendiri bermuhasabah sejenak bagaimana cerminan diri kita. Allahu Akbar.

Beberapa bulan sepertinya ada sebahagian kita tenggelam timbul untuk mengambil tahu isu yang berlaku sekitar Gaza, Palestin dan di lain-lain tempat seperti di Syria, Burma, dan sebagainya dan lama kelama-lamaan tersisih dari pengetahuan.

Sedang sebahagian dari kita alpa untuk mengambil cakna, dalam kita tidak sedar mereka Zionis Laknatullah sedang mempersiapkan strategi untuk menyerang Gaza dan akan menyerang bila-bila masa sahaja. 

Baru-baru ini perkongsian oleh aktivis yang pulang dalam misi kemanusian ke Gaza menceritakan bagaimana hampir setiap hari ada sahaja serangan kecil yang berlaku di Gaza dan ada juga yang syahid. Berlegar-legar jet Zionis Laknatullah di ruang udara Gaza, barangkali membuat tinjauan sekitar. Allahu Akbar, bagaimana berita ini mengingatkan saya bahawa Zionis Laknatullah tidak akan pernah berdiam walaupun sebentar.

Berapa peratus antara kita yang paling kurang untuk mengambi tahu isu semasa yang berlaku? 

Paling kurang, ambil cakna isu ummat yang berlaku. Jangan kita sendirian dengan berkata, "Apa yang berlaku, itu mereka di sana, aku di sini." Sangat rugi andai kita dicabut dari nikmat kemanisan sebuah hubungan persaudaraan Islam. Semoga kita dijauhkan dari ini dan sama-sama berusaha untuk merasai kemanisan Iman serta hubungan Ukhuwah Islamiah yang hebat antara kita semua.

Ambil tahu membuatkan kita mahu, dan menggerakkan jasad untuk bertindak kepada tindakan yang dituju. 

Kelmarin, menyambut ketibaan maghrib 1 Muharram 1434H berita serangan besar Zionis Laknatullah ke arah bumi Palestin menarik semula perhatian dunia dan bagi saya seperti ketukan kuat untuk bangun dari lena yang panjang, bangkit dan bertindak.

Banyak di sekeliling kita, saluran yang boleh kita sampaikan sumbangan selain dari sumbagan Utama kita Doa. Ya, DOA kita buat mereka. Meskipun mereka ada sebahagian yang tidak memerlukan wang, tetapi saya yakin dengan sumbangan wang itu akan disalurkan untuk membantu mereka yang memerlukan seperti membeli keperluan ubat, penyediaan tempat sementara, makananan dan sebagaianya.


Kita dan Israel-Amerika serta Tindakan Kita

Suatu ketika, ramai-ramai kita memboikot pembelian ke atas semua produk-produk Israel termasuk sekutunya Amerika dan lain-lain. Alangkah bagusnya jika kita terus memboikot  pembelian ke atas produk-produk mereka tanpa mengambil kira masa pasang dan surut apa yang berlaku di Gaza, Palestin. Dulu, kini, dan selamanya. Secara liciknya, Zionis Laknatullah terus mengumpul dana dalam masa sepertinya  'tenang di Gaza'  tanpa tindakan kita memboikot produk mereka.

Pernah suatu ketika, Dr Yusuf Qardhawi menegaskan : "Setiap rial dan dirham yang dibelanjakan untuk membeli barangan Zionis Israel akan digunakan untuk membeli peluru yang akan membunuh saudara-saudaramu di Palestin..."

Allahu Akbar. Apabila membacanya terdiam seketika, terus mengingatkan diri saya sendiri. Tindakan untuk memboikot serta merta barangan Israel dan juga sekutunya sama-sama perlu diperhebat seluruhnya.



    



Kita dan Umat Islam tidak Mengira Sempadan

Di mana bumi yang mempunyai penduduk Islam, di situ juga bumi kita. Islam tidak mengenal persempadanan. Jika kita di Malaysia, Saudara kita di Palestin, Saudara kita Rohingnya, Saudara kita di Syria,  atau di mana-mana, kita juga ada di situ...meletakkan hati bersama-sama mereka. Bagaimana cantiknya dan Indahnya Islam dalam menyemai ukhuwah dan persaudaraan tanpa mengenal persempadanan, negara, warna kulit, budaya, bahasa, darjat dan sebagainya. Jangan ada jurang dan beza yang membezakan 'aku-aku' dan 'dia-dia', 'kami' dan 'mereka'. Islam menyatukan semua. Akidah dan Iman menyatukan kita semua sebagai hamba Allah, satu Umat Nabi Muhammad S.A.W.

Inilah ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. untuk rahmat ke seluruh alam.

Kita bukan mahu terapkan nilai nasionalisme semata, kenegerian semata, tetapi kita mahu umat yang mempunyai 'nasionalisme Islam' dan 'Umatic Vision' dalam konsepnya satu umat Islam seluruh alam. Persaudaraan Islam tanpa sempadan dan mempunyai visi untuk menyumbang pada Islam dan ummat.


Di bawah satu akidah Islam dan Iman berpaksikan Cinta Allah dan Cinta Rasul yang hebat, kita dapat melihat;
Orang kuat mencintai orang lemah, lalu dia menolongnya,
Orang berilmu mencintai ornag yang tidak berilmu, lalu dia mengajarkannya,
Orang taat mencintai pelaku maksiat, lalu dia membimbingnya,
Orang senang mencintai orang yang sedang dalam kesusahan, lalu dia membantunya,
Orang yang dalam nikmat mencintai orang yang dalam ujian dan cabaran, lalu dia mendoakannya dan bersamanya.

Sungguh, Umat Islam mempunyai kekuatan yang Luar Biasa jika Cinta Allah dan Rasul subur dan mantap dalam kalangan setiap Umat Islam.

Pintu Syurga Menyambut Para Syahid

Bau haruman Syurga dan senyuman bidadari seperti sudah terbayang dalam setiap pemuda-pemudi Gaza yang tidak pernah takut untuk berhadapan dengan Zionis Laknatullah. Mereka tidak berganjak bahkan mereka terus yakin kemenangan semakin hampir dengan mereka.



Aku Peduli vs Aku Sendiri

Tetapi ukhuwah tidak akan lengkap dan sempurna tanpa kita mengambil tahu saudara kita.

Persaudaraan tidak akan terjalin kalau kita mempunyai sifat individualisme, atau 'Aku Sendiri'.


Kadangkala keselesaan dan kemewahan yang dikecapi, melayukan semangat Islam dalam diri kita. Seperti kita dibuang mimpi yang panjang dalam tidur yang lena. 

Jangan kita terlalu sibuk menempa kejayaan dunia semata, sampai tiada kesempatan untuk kita fikiran isu ummat di Palestin, isu di Syria, isu di Burma dan di lain-lain tempat walaupun sejenak. Sifat 'Aku sendiri' atau individualisma akan akhirnya menumbuhkan sifat ego dan pentingkan diri sahaja. Kita tidak mahu diri kita dan masa depan generasi kita mewarisi sifat ini yang akhiranya menjadi lebih parah dari barah. Semoga kita terus dipelihara dan dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah serta kita terus subur memperbaiki dengan memasukkan sifat-sifat mahmudah.

Meskipun berpuluh tahun perang di Gaza, kita jangan pernah bosan untuk ambil tahu.

Jangan bilang, "Kita tidak mampu berbuat apa-apa, tidak mampu memegang senjata, tidak mampu ke Palestin". Bukan itu yang mereka mahukan, mereka perlukan Doa. Doa untuk mereka terus kuat, doa terus hebat menghadapi tentera Zionis Laknatullah dan terus berDoa mereka diberikan kemenangan oleh Allah.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud : "Tidaklah berdoa seorang Muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para Malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya. " (Riwayat Muslim)

Subhanallah!Inter-relationship antara kita, saudara kita, dan Tuhan sekalian alam. Kita tidak akan pernah rugi jika kita berdoa dan meminta kepada Allah. Sungguh, menjadi hamba Allah merupakan satu penghargaan buat kita. Masya-Allah.

Kita harini Mencorak kita dan Generasi kita hari Esok

Kita ada kekuatan diri kita dan seluruh ummat yang ramai. Jadikan juga generasi kita sebagai kekuatan yang akan bersama-sama menguatkan. Didik diri kita dan mereka.

Hidupkan dan amalkan Al-Quran dan As-Sunnah  dalam kehidupan kita. Insyaa-Allah, Kemanisan akan dicapai dalam setiap aspek kehidupan.

Bina kekuatan antara kita, bina kekuatan dalam kita kita, kita perlukan umat dan generasi yang kuat yang mempunyai pegangan agama Islam yang kukuh, diisi dengan ilmu yang mantap, pengetahuan yang dalam dan luas serta bermanfaat dan seterusnya akan bersama-sama bekerja dan menyumbang untuk Islam.

Gaza memanggil kita, seperti ketukan mengejutkan kita dari tidur untuk cakna, ambil tahu dan sensitif terhadap isu umat yang berlaku sekitar kita dan seluruh dunia.Dalam masa yang sama mempersiapkan diri menjadi umat Islam yang hebat, dari segi amal agamanya,mantap ilmu, berpengetahun dalam dan luas dalam pelbagai aspek serta seterusnya dapat bersama-sama bekerja dan menyumbang kepada Islam.

Teruskan berDoa, teruskan berDoa dan berDoa.
serta membantu dari apa-apa yang boleh kita bantu dan hulurkan.

Duduk dan bermuhasabah sejenak. Bangkit dan bertindak.

'Al-Quds, Janji Allah menantimu.'


"Ya Allah, Yang Maha Perkasa... Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab, Kalahkan mereka..Kalahkan mereka..Kalahkan mereka.. Perkuatkanlah saudara-saudara kami di sana, Kasihanilah saudara-saudara kami yang sedang ditindas, bantulah hamba-hamba-Mu yang beriman dan Menangkan Kami ke atas mereka."

Wallahu 'Alam.

Al-Faqir Ila Allah,

Nuur Halimatus Saadiah Masrukhin
Peterborough, 2 Muharram 1434 H (16hb November 2012)



# untuk donation atau sumbangan ke Gaza, Palestin dan juga negara lain seperti Syria, Nyanmar dan lain-lain lagi boleh disalurkan kepada :
[Aqsa Syarif ]                  http://www.aqsasyarif.org.my/
[Aman Palestin Malaysia] http://www.amanpalestin.net/
[Islamic Relief Canada]    http://islamicreliefcanada.org/
[Islamic Relief Malaysia]  http://islamic-relief.org.my/
[Islamic Relief USA]        http://www.irusa.org/
[Global Peace Malaysia]  http://gpm.com.my/

0 comments:

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook