Hidup Beri Manfaat

Tuesday, October 23, 2012

Koleksi Fotografi : Musim Luruh 2012

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, memasuki fasa musim luruh, sebulan berlalu. Sungguh, menikmati setiap masa yang dilalui lebih-lebih lagi daerah ini bakal ditinggalkan. Allahu Akbar. Dalam perkiraan masa, pantasnya waktu berlalu, Seakan terasa baru menjejak kaki di bumi Maple Leaf ini. Genap 3 tahun, mengenali, menjejaki bumi Amerika Utara. 

Perancangan Allah sebaik-baik perancangan. 
Kita mengatur dan Allah jualah yang menentukan perjalanan yang terbaik buat setiap hamba-hamba-Nya. He is Amazing One!

Awal menjejak kaki di daerah Peterborough pada tahun 2009. Pada ketika itu, tempat ini asing bagiku. Perlu adapt dengan musim yang tidak pernah saya lalui semenjak kecil, ketika itu musim luruh dan cuaca sejuk kebiasaan di sini. Pada saat-saat kedinginan, kesejukan melalui musim luruh dan musim salji, saat itu nikmat panas sangat disyukuri dan dihargai. Allahu Akbar. 

Pesan pada diri, jangan mengeluh...jangan mengeluh dan jangan sesekali tidak mensyukuri apa yang dianugerahkan kepada kita. Nikmat yang dianugerahkan oleh Allah begitu banyak dan sedikit yang bersyukur. Jadikan kami dalam golongan yang sentiasa bersyukur ya Rabb.

Hikmat dalam setiap musim yang Allah aturkan. 

Musim panas berlalu, menjelma pula musim luruh. Habis daun pokok-pokok berguguran, musim salji bertandang. Cukup masa musim salji, kemudian bunga-bunga menampakkan serinya, menandakan kehadiran musim salji. Begitulah kitaran aturan empat musim. 

Dan setiap itu, semuanya tunduk dan patuh kepada Allah. 

Dalam perjalanan ke universiti, memandang di sekeliling. Berwarna-warni pokok-pokok kelihatan ketika ini. Masing-masing menunngu masa untuk gugur ke bumi, aturan yang Maha Esa. Pernah satu ketika berbicara dengan sahabat mengapa pokok-pokok ini akan tinggal rantingnya sahaja setelah gugur daun-daun. Seorang memberi jawapan, sebelum menjelang musim salji, pokok-pokok ini akan mengugurkan daunnya bagi menhadapi musim salji. Setelah daun-daunnya gugur, pokok-pokok ini 'gondol' dan yang hanya ranting-ranting yang kelihatan. Dengannya itu, ia tidak akan menghadapi tekanan ketika musim salji. Sungguh hebat ciptaan dan aturan Allah!


Sungguh, asyik terpesona melihat keagungan ciptaan Allah,
Subhanllah, Subhnallah, Subhanallah,
Allahu Akbar,
Dalam perjalanan menuju ke kuliah, tidak kelip mata takjub melihat ciptaan-Nya,
Sungguh, ciptaan yang Engkau ciptakan sudah hebat begini,
Apatah lagi penciptanya,
Allah Maha Sempurna, Maha Berkuasa, Maha Kaya,

Manusia ini kerdil, di angkat martabatnya menjadi hamba-Mu,
Ya, menjadi hamba-Mu satu perhargaan yang kadang-kadang manusia jarang syukuri,

Sesekali mahu berhenti, berdiri dan mengambil waktu sebentar,
Bermuhasabah dan berbicara dengan Alam,
Tidaklah Engkau jadikan ini semua sia-sia,
Pokok-pokok cantik pelbagai warna,
Lautan dan sungai terus mengalir,
Engkau aturkan 4 musim di sebahagian tempat,
Penciptaan 4 musim yang setiap dalamnya mempunyai erti dan hikmah tersendiri,

Sedari, seawal bangun,
Sang matahari dan alam ini terpancar,
siapakah yang Maha Berkuasa menciptakan dan mengaturkan  semua ini?
Jawapannya satu dan selamanya satu iaitu Allah. Rabb sekalian alam.

Sedang anak kecil yang banyak pertanyaan lantas bertanya, "Siapa yang menciptakan semua ini?"
Lantas, si ibu manjawab, "Allah". Akidah disemai dan diterap seawal mungkin. Manusia diikat dengan akidah, tanpanya kita kosong bagai layang-layang terbang tanpa tali dan kemudiannya terhuyung-hayang lalu jatuh. Akidah yang benar membawa manusia itu dijalan yang luruh sehinggalah dia pulang kepada-Nya kelak.

Amal soleh yang dibawa,
Taqwa dan Mardhatillah yang menjadi impian setiap hamba-Nya.



Semoga tempat asing ini menjadi tempat untukku belajar dari pelbagai sudut kehidupan dan membawaku kenal Islam lebih mendalam dan semakin dekat dengan-Mu Ya Allah.


اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك


"Ya Allah, bantulah hamba untuk sentiasa mengingati-Muععع, bersyukur kepada-Muع, dan untuk memperbaiki amal ibadahku pada-Muع"










Wallahu A'lam.

Jazakumullahu khayran jaza'.


Nuur Halimatus Saadiah Masrukhin
Peterborough, 6 Zulhijjah 1433H

0 comments:

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook