Hidup Beri Manfaat

Friday, October 5, 2012

Kitab CINTA


Bismilllahirrahmanirrahim.


[Bicara dimula]

“Mama, esok along ada kelas belajar mengaji di sekolah,” anak berusia 7 tahun memulakan bicara.

“Ustazah mahu setiap orang bawa Al-Quran ke sekolah. Di rumah kita ada tak mama?” pinta Anisa .

“Sekejap mama cari ye Anisa,” jawab mama Anisa perlahan.

“Ha! Ini pun!”

“Fuhh… Fuuhh..”, dihembus habuk diatas sebuah kitab yang berwarna keemas-emasan.

Dari jauh kelihatan jarang  terusik kitab sebesar ini.

“Inilah hantaran pemberian papa 8 tahun dulu,” mama Anisa memberitahu.

“Kenapa Al-Quran ini macam mama tak pernah usik je?,” Anisa terus menyambung bicara selepas dibelek-beleknya Al-Quran yang mahu dibawanya ke sekolah dulu.

Soalan Anisa yang terakhir kepada mamanya membuat mamanya terdiam dan muhasabah sesuatu…

[Tamat]


Dulu semasa mahu bernikah, habis satu di cari satu Kuala Lumpur Al-Quran yang besar dan kalau boleh berwarna keemasan.

Usai bernikah, hantaran yang lain terus dibuka dan dikongsi bersama keluarga. Yang mempunyai nilai keemasan itu tidak terusik bahkan terus disimpan diruangan yang jarang orang melihat.

Jika besar,tulisannya besar-besar dan besar juga lah semangat untuk bersama-sama tadabbur dengan suami/isteri , anak-anak dan keluarga nanti. Jika kecil pun tidak bermakna tidak bernilai, tetapi isi  yang terkandung di dalamnya lebih jauh bernilai dan sangatlah berharga dari perwatakan di luarnya.

Al-Quran bukan sekadar hiasan dirumah yang menghias rak buku, tetapi ia menghias hati dan akhlak kita andai kita membaca dan mentadabburnya. Baca, fahami dan amal.

Tatkala manusia tercari-cari sebuah kebahagian, untungnya kita sebagai seorang Muslim dikurniakan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup. Bila kita membaca Al-Quran, ketenangan itu kita dapat, Allah bagi panduan untuk hadapi setiap pancaroba kehidupan di dunia, dan Allah bagi panduan untuk capai Redha-Nya dan untuk sampai ke Syurga-Nya. Hebatkan.

Dan membawa kita bermuhasabah bersama.

Tetapi berapa ramai yang membaca Al-Quran dan tadabbur Al-Quran setiap hari?

Bagaimana kita mahu mendapat akhlak seperti Rasulullah yang digambarkan Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran jika kita tidak membuka Al-Quran?

Teringat pesan Syeikh  Ahmed ketika terakhir sebelum melangkah keluar usai khatam Al-Quran, “Mesti sempurnakan Al-Quran. Harta yang terbaik dunia dan akhirat ialah Al-Quran. Membaca, mendengar, dan jadilah orang yang belajar Al-Quran.

Rasulullah SAW:“Sebaik-baik kalian adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain”."(Bukhari no : 4739)

Jika ditanya kepada kita apa panduan Umat Islam? Al-Quran dan As-Sunnah. Skema jawapan yang tidak pernah salah semenjak dari sekolah rendah.  Kalau itu panduan bukankah kita mesti melihat dan membacanya setiap hari?

Mana mungkin seorang yang dibekalkan peta lengkap mahupun GPS, tidak melihatnya dan boleh sampai destinasi dengan waktu yang ditetapkan dan betul. Pasti setiap beberapa minit akan dilihatnya peta untuk memastikan jalan yang dilalui tepat dan tidak tersasar dari yang sepatutnya.

Pokok akan mati jika tidak mendapat cahaya, air dan nutrien yang mencukupi, begitulah kita manusia jiwa akan dekat dengan kegelisahan jika tidak mendapat makanan dan zat yang secukupnya dan seterusnya kelama-lamaan bisa mati. Mari, kita tidak akan rugi membaca Al-Quran bahkan kita dapat Ingat Allah, tenang dan hati kita terisi dengan makanan yang sangat hebat.

Rumah yang penghuninya membaca Al-Quran, bercahaya dengan Nur Al-Quran,meski rumah itu kecil ianya kelihatan lapang, penghuninya terisi  ketenangan dan kegembiraan. 

Ayuh! Jika tidak mampu sehari semuka, memadai yang termampu. Jangan pernah tinggal. Jadikan Al-Quran bacaan rutin kita dan kitab CINTA, -Cinta seorang hamba kepada Allah- yang tidak akan ditinggal ke mana pun kita pergi. 


Wallahu 'Alam.



Nuur Halimatus Saadiah
Peterborough, On
19 Zulkaedah 1433H

0 comments:

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook