Hidup Beri Manfaat

Thursday, September 27, 2012

Tinta Perjalanan : Jejak-jejak Bumi Mesir


Bismillahirahmanirrahim.


Alhamdulillah, Syukur Ya Allah 'ala kulli hal wa nikmah.

Meninggalkan bumi kinanah dengan banyak yang dipelajari dan dikutip, saya tekad InsyaAllah panjang umur dan ada rezeki bumi ini akan saya jejak lagi. Syukran Ya Allah. Sebulan dan 11 hari perjalanan di bumi Mesir.

Dari benua Amerika ke benua Afrika.

Jaraknya beribu batu,
Perspektifnya berbeza,
budayanya berlainan,
orangnya juga punya identiti dan karakter masing-masing.
Inilah antara hikmah musafir, kita diperlihatkan dari pelbagai sudut.

"Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah; karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-Rasul)." (Surah Ali Imran: 137) 
"Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keEsaan dan keKuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri, Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?.."(Surah Az-Zariyat :20-21)

Kesan-kesan sejarah yang ditinggalkan memberi kesan dan rasa buat mereka yang memikirkan dan mengambil iktibar. Dari satu ke tempat yang lain geografinya berbeza, peluang melihat keindahan ciptaan Allah yang terbentang luas, menambah Keyakinan akan Kebesaran dan Kehebatan Allah Yang Maha Esa. Bertemu dan masuk ke dalam masyarakat di berlainan tempat membuatkan kita belajar budaya lain, belajar dalam aspek muamalah dengan golongan lain, belajar kehidupan yang luar dari lingkungan kebiasaan  dan juga belajar dari keadaan sekeliling.

Pesan Imam Syafie : “ Pergilah bermusafir mencari kemuliaan kerana dalam pengembaraan itu ada 5 kelebihan iaitu ; 1) menghilangkan kesedihan 2)membina penghidupan baru 3)menguatkan jiwa 4)memperoleh ilmu 5)dapat bergaul dengan ramai manusia daripada pelbagai perangai dan ragam”.

Sheikh Dr. Ali Gooma
Biografi Sheikh Ali : http://www.ali-gomaa.com/?page=biography

Sheikh Dr. Yusri
Sheikh Ahmad Hajjain

Di bumi ini saya menyaksikan mujahadahnya seorang murabbi, masyaikh, guru yang begitu tinggi tekad untuk menyampaikan ilmu, di sini saya saksikan betapa beruntungnya penuntut-penuntut ilmu dan bertuahnya mereka berpeluang berada di bumi Mesir untuk mereka kutip mutiara dan permata yang tidak ternilai dari masyaikh, murabbi  yang begitu hebat. Ilmu dihidang saban waktu, tanpa dihitung upah dan bayaran per jam yang rata-rata kini di merata tempat sukar ditemui lagi. Nadi ilmu terus bernyawa dan subur di bumi  Mesir,cuma yang punya jasad datang melangkah merebut sebaiknya. Allahu.

...Ardhil Kinanah.

Perjalanan dari satu kawasan ke kawasan  menjejak makam para ahli bait, wali, dan ulama’ membuatkan diri ini mengambil iktibar dan belajar dari semangat dan perjalanan kehidupan mereka. Jika tidak diri ini tidak sehebat mereka, moga ada rezeki zuriat yang bakal lahir dapat mencontohi dan mengambil iktibar dari tokoh-tokoh tersebut. Semoga hebat seperti mereka dari seawal usia, dalam kesungguhan menuntut ilmu, dari semangat juangnya, dari ketinggian akhlaknya, dari kekayaan ilmunya, dan hebatnya kedudukan di sisi Allah.

Masjid Al-Azhar

Saya jatuh cinta pada bumi kinanah ini.  Insya-Allah, panjang usia dan ada rezeki jejak yang tinggalkan bakal dijejaki semula Insya-Allah khususnya di Masjid Al-Azhar. Kiblat Ilmu buat pencinta-pencinta ilmu.

Jazakumullahu khayran jaza’ buat semua sahabat-sahabat yang saya kenali dan banyak membantu ketika saya di sana. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan kebaikan dan terus melangkah menjadi ilmuan yang fakih dan hebat satu hari nanti.  Panjang umur dan ada rezeki, Insya-Allah jumpa lagi kalian jika tidak di bumi Mesir, di bumi Malaya. Terima kasih sahabat-sahabat semua! :)

p/s: Insya-Allah, travelog lengkap perjalanan akan cuba disusun dan disiapkan, mohon doa sahabat-sahabat moga dipermudahkan.



Salam Perjuangan,
Nuur Halimatus Saadiah

27 September 2012, 11 Zulkaedah 1433H

0 comments:

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook