Hidup Beri Manfaat

Tuesday, September 25, 2012

Rename, Rearrange, Reorganize- ummuimad.com


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh

Buat pengunjung dan pembaca blog ini, semoga sentiasa dalam Rahmat Allah selalu dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan hendaknya. Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah atas segala nikmat yang dianugerahkan buat kita selaku hamba-Nya.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung blog ini. Buat pengunjung yang terus setia mengunjungi, membaca nukilan dan memberi komentar, terima kasih banyak atas sokongan kalian. Sebarang pandangan, komentar, sumbangan idea, mahupun kritikan boleh terus disalurkan kepada saya untuk penambah-baikan dan peningkatan Insya-Allah. Semoga blog ini bermanfaat buat diri saya, mahupun pembaca-pembaca yang setia dari awalnya, yang baru bertandang dan juga bakal pengunjung ke laman sesawang ini.

Memohon maaf dari pihak saya atas ketidak-aktifan dan kekurangan blog ini sejak dibina pada tahun 2008. Jarang untuk saya mengupdate entri-entri baru dalam tempoh 4 tahun ini. Saya merasakan diri ini masih lagi mentah dalam perjalanan dan banyak yang perlu saya dipelajari. Ilmu juga masih banyak yang perlu dituntut dan dikutip. Justeru, bagi menghasilkan satu penulisan yang terbaik dari sudut kehidupan, ilmiah, dan sebagainya menghendaki penulis itu sendiri mempunyai ilmu, pengalaman, kekuatan dari sudut pemikiran dan lain-lain aspek. Persediaan ke arah itu mengambil masa, memerlukan kesungguhan, semangat yan jitu serta kekuatan untuk melangkah. Doakan untuk saya sahabat-sahabat sekalian.

Setelah hampir 4 tahun blog ini tidak berapa aktif dalam penulisan, saya mengambil  keputusan untuk menamakan (penjenamaan semula) dan menyusun blog ini. Moganya nantinya blog ini menjadi medium untuk sampai kepada pembaca Insya-Allah.

Setelah beberapa ketika difikirkan bersama, mengambil keputusan untuk menamakan semula blog ini kepada kepada;




Dalam laman sesawang ini nanti Insya-Allah tinta perjalanan, travelog, pengalaman, perkongsian sepanjang perjalanan kehidupan serta cetusan idea dan pemikiran akan dinukilkan di sini. Beberapa koleksi fotografi  yang dikumpulkan juga akan cuba dikumpulkan. Insya-Allah, selepas ini juga  website ini akan dikelola oleh seorang lagi admin yang juga akan menyumbang dan berkongsi penulisan beliau dalam laman ummuimad.com.

Semoga Allah Redha dalam setiap langkah kita.

Jazakumullahu khayran jaza' semua :)



Salam sayang,
Nuur Halimatus Saadiah
25 September 2012
9 Zulkaedah 1433H

4 comments:

Ukhti NA said...

Moga tsabat di jalan ni, moga Allah menolongmu dan redha dgn pekerjaanmu. Ameen.

Sekalipun rasa lemah, jgn putus asa untuk bangkit semula. Love you ukhti lillahitaala.

Huda Saffry said...

Ganas tau Atus kita. Hihi

Nanti ceritalah kenapa nama dia ummuimad? :D

Daffodil said...

hehehe....huda, aku rase kan..hehe..aku tau nape atus buat ummuimad. nama pilihan utk anak nt ke atus? hehe.

Tahniah atas usaha murni atus. Moga sukses selalu yeee. Love u

Nuur Halimatus Saadiah said...

@Ukhti NA : aaameen..aameen Ya Allah. Jazakillahu khayran jaza' ya ukhti NA atas doa dan sokongan! doakan terus ya! love you too ukhti fillah. moga ketemu lagi nanti Insya-Allah :)

@Huda Saffry: aik huda? mana yang ganasnye tu huda?hehe..
cerita kenapa ummuimad tu, minta request KIV dulu bisa huda?..hee..Insya-Allah, soon ada kesempatan atus ungkapkan ye :D

@Daffodil : kalau dah bertemu dua orang ni pasti atus dikerjakan ni.hehe..doakan win! :)terima kasih awin..aameen..aameen..miss you win!;)

Jazakumullahu khayran jaza' Ukhti NA, Huda dan Awin :) <3

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook