Hidup Beri Manfaat

Monday, May 21, 2012

Tinta Perjalanan : Berkelana


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Perjalanan ini perjalanan musafir seorang hamba,
Dari Benua Amerika, menrentasi Benua Eropah ke satu tempat & destinasi baru,

Dan dalam perjalanan, aku bertanya pada diri;
Apa guna berkelana tanpa meninggalkan kesan pada diri,
Perjalanan itu muhasabah, muhasabah buat kita selaku hamba-Nya,
Sungguh dari satu tempat ke satu destinasi,
Ciptaan-Mu dan Kekuasaan-Mu terbentang luas Ya Allah,
Dari setiap sudut, tidak Engkau ciptaan sesuatu dengan sia-sia.

Bagi hamba yang berakal.
Bagi hamba yang berfikir.

Apa guna berkelana, andai diri tidak bisa mengambil pengajaran,
Perjalanan hari semalam, panduan untuk perjalanan harini,
Iltizam seorang hamba,
Setiap hari yang mendatang dihadapi dengan iltizam ke arah bertambah baik,
Impiannya Syurga idaman setiap hamba, Taqwa capaiannya,  Mardhatillah tujuannya,
Insan soleh solehah, Insan bermanfaat,
Hamba berTAQWA.

Bagi hamba yang bersabar.
Bagi hamba yang bersyukur.

Muhasabah sejenak.
Ganjarannya besar di Sana.

Alhamdulillah wa Syukurillah!
Teruskan berjalan, mencari bekalan secukupnya. Pimpin kami Ya Allah.

"Dan barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya serta takut kepada Allah dan bertaqwa kepada-Nya, mereka itulah orang yang mendapat kemenangan." ( Surah An-Nur 24:52)

Kaherah,
21 Mei 2012
30 Jamadil Akhir 1433H

0 comments:

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook