Hidup Beri Manfaat

Monday, March 12, 2012

Koleksi Fotograf : Musim Salji 2011/2012 [1433 Hijrah]

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

"Dan Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira sebelum kedatangan RahmatNya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang sangat bersih. Agar (dengan air itu) Kami menghidupkan negeri yang mati (tandus) dan Kami memberi minum kepada sebahagian apa yang telah Kami ciptakan, (berupa) haiwan-haiwan ternakan dan manusia yang ramai. Dan sesungguhnya, Kami telah mempergilirkan (hujan) itu di antara mereka agar mereka mengambil pelajaran; tetapi kebanyakan manusia tidak mahu (bersukur), bahkan mereka mengingkari (nikmat)." (Surah Al-Furqan 23: 48-50)
 Gemercik Salji

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar,
Sejuk, tenang melihat ciptaan-Mu Ya Allah,
Tiap-tiap titisan salji yang turun ke bumi, setiap satunya bertasbih memuji-Mu Ya Rabb
Putih, bersih  hamparan sejurus titis-titis salji menghimpun di permukaan,
Semuanya terus memuji, berzikir dan bertasbih kepadaMu, 
Allah, keasyikan melihat ciptaanMu,
Aku terpesona, aku terpesona, 
Hebat Kekuasan-Mu Ya Allah!
Alhamdulillah, Syukur Ya Allah atas segala nikmat yang Engkau anugerahkan kepada Kami.
Moga kami menjadi golongan yang sentiasa bersyukur, taat dan sentiasa mengingati-Mu di mana pun berada. 

Syukran Ya Allah.

Abu Hurairah R.A. meriwayatkan dari Nabi S.A.W. bahawa bersabda yang maksud : " Ada dua kalimat yang ringan (untuk diucapkan) di mulut, tapi berat timbangan amal, dicintai oleh Allah yang Maha Kasih, iaitu ; Subhanallahi Al-Azim, Subhanallahi  wa Bihamdihi ( Maha Suci Allah yang Maha Agung, Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya)." (HR Bukhari dan Muslim)







Wallahu 'Alam.

Salam Sayang,
Nuur Halimatus Saadiah.

Peterborough.
18 Rabiul Akhir 1433H

0 comments:

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook