Hidup Beri Manfaat

Monday, February 6, 2012

Usia Muda ; Waktu dan Peluang Emas

بسم الله الرحمن الرحيم


12 Rabi'ul Awal, Kelahiran Kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W

Shalawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga, sahabat baginda. 12 Rabi'ul Awal tarikh kelahiran baginda Rasulullah S.A.W. Nabi diutus Rahmat ke seluruh alam. Dahulu yang bumi tandus dengan kejahilan, kehadiran Rasulullah merubah seisinya dan masyarakat kepada Islam. Merubah cara hidup kepada cara hidup berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Islam terus tersebar sehinggalah sampai kepada kita pada harini. Alhamdulillah wa Syukurillah. Semoga sunnah baginda Nabi Muhammad S.A.W terus hidup dalam diri kita selaku ummatnya dan perbanyakkan shalawat kepada baginda.

اللهم صل علي سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسـلم   
Rasulullah S.A.W bersabda :“Pada suatu malam aku diperjalankan untuk mi'raj ke langit, lalu aku melihat malaikat yang mempunyai seribu tangan, dan setiap tangan mempunyai seribu jari-jemari. Malaikat itu menghitung dengan jari-jemarinya, lalu aku bertanya kepada Jibril as : Siapakah malaikat itu dan apa yang sedang dihitungnya? Jibril as menjawab: Dia adalah malaikat yang ditugaskan untuk menghitung setiap titisan hujan, ia menghafal setiap titisan hujan yang diturunkan dari langit ke bumi. Kemudian aku bertanya kepada malaikat itu : Apakah kamu mengetahui berapa titisan hujan yang diturunkan dari langit ke bumi sejak ALLAH SWT menciptakan dunia? Ia menjawab: Ya Rasulullah, demi ALLAH yang mengutusmu membawa kebenaran kepada makhluk-NYA, aku tidak hanya mengetahui setiap titisan hujan yang turun dari langit ke bumi, tetapi aku juga mengetahui secara terperinci berapa jumlah titisan hujan yang jatuh di lautan, di daratan, di bangunan, di kebun, di tanah yang bergaram, dan yang jatuh di kuburan.Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda : Aku kagum terhadap kemampuan hafalan dan ingatanmu dalam perhitungan itu.Kemudian malaikat itu berkata: Ya Rasulullah, ada yang tak sanggup aku menghafal dan mengingatnya dengan perhitungan tangan dan jari-jemariku ini.Rasulullah S.A.W bertanya: Perhitungan apakah itu?Ia menjawab: ketika suatu kaum dari umatmu menghadiri suatu majlis, lalu namamu disebutkan di majlis itu, kemudian mereka bershalawat kepadamu. Pahala shalawat mereka itulah yang tidak sanggup aku menghitungnya.”

22 Tahun Meniti Perjalanan
"Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar (3)". (Surah Al-Asr 103:1-3)
Syukur ya Allah, atas anugerah usia, kesihatan yang Allah pinjamkan kepada hamba-Mu ini. Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah 'ala kulli hal... semalam usia sudah menginjak 22 tahun mengikut kalender masihi. Sudah 22 tahun diberi peluang berjalan di bumi Allah ini dengan pelbagai nikmat kurniaan-Nya, yang paling  terbesar Islam dan Iman sememangnya satu anugerah yang sangat besar. Allahu Akbar.

Perjalan demi perjalanan, sudah berlalu fasa kanak-kanak kemudian melewati fasa remaja, kemudian kini melalui fasa dewasa. Sekejap masa berlalu, dan masa yang berlalu sudah tentu tidak bisa diputar kembali. Kenangan dan memori lalu sentiasa dalam ingatan. Bila bermuhasabah, banyaknya peluang dan masa lalu yang tidak digunakan sebaiknya. Alhamdulillah, Syukran ya Allah.. langkah ke satu langkah Allah anugerahkan untuk kenal dan belajar agama Islam, kenal Allah, kenal Nabi dan membawa perjalanan seterusnya untuk kenal diri dan perbaiki diri. Banyak yang dipelajari sepanjang perjalanan. Semoga perjalanan ke depan kita semua dibimbing ke jalan yang lurus, dalam lindung-Nya dan dipelihara Allah dari dosa dan maksiat. 

Kesempatan Muda sebelum Tua, Hidup sebelum Mati

Daripada Amru bin Maimun, bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud : "Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datagnnya hari tua, masa sihat engkau sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian." ( Hadis Riwayat  At-Tirmidzi dan Muslim) 
Kesempatan hidup dan panjang usia yang Allah kurniakan kepada kita perlu digunakan menjadi hamba dan khalifah yang soleh yang memakmurkan dunia sebaiknya dalam menggapai keredhaan Allah. Tiada jaminan 100% bahawa kita akan bertemu kehidupan dunia hari esok. Persiapan dan persediaan perlu dipersiapkan seawalnya seolah-seolah tiada waktu untuk kita pada hari esok. Iman dan Taqwa sentiasa menjadi buruan hamba yang beriman dan yakin dengan janji Allah dan pertemuan dengan-Nya."Ya Allah, matikan kami dalam Iman dan Islam dan dalam keadaan husnul khatimah". 

Waktu muda merupakan kesempatan percuma, masa inilah kita dikurniakan kekuatan, kesihatan dan banyak lagi nikmat yang mana merupakan waktu dan peluang emas kepada kita dan perlu digunakan sebaiknya. Ketika muda ini, kita kuat dengan fizikal dan mental, boleh lari sana, lari sini, boleh laksanakan tugas berat-berat dan yang paling berharga kesempatan dan peluang untuk memaksimukan laksanakan ibadah, amal makruf, kebaikan dan sebagainya. Kalau di usia muda ni, boleh la kita makan enak-enak tanpa pantang larang begitu juga dengan amalan, sangat manis kalau setiap waktu yang berharga ini kita rebut kesempatan ini dengan amalan soleh. Nikmat kesihatan juga merupakan satu anugerah. Bila kita diuji dengan sakit, ketika itu baru kita merasa nikmatnya kesihatan yang baik. Kita akan ditanya kelak ke mana kita gunakan kesempatan yang ada ini. Justeru, kesempatan usia muda ini kita jangan dibiarkan sia-sia berlalu tanpa kebaikan di dalamnya. 

Ada orang kata, "hidup ini  hanya sekali dan dan perlu enjoy". Ya! Kita enjoy dengan amal kebaikan, amal soleh yang mendekatkan diri kita kepada Allah, yang mana pasti kita akan mendapat kemanisan dalam berbuat amalan soleh. Enjoy your life menuju Mardhatillah! Kan seronok kan bila kita enjoy dengan amalan yang soleh, kebaikan yang menjamin kebahagiaan dunia akhirat, bukan dunia semata. Ringan untuk melaksanakan ibadah, cantik pula ditambahi dengan amalan sunnah. Tiada paksaan, tiada kompromi, tiada alasan. Kalau kita enjoy dengan maksiat, sudah tentu kita bukan enjoy namanya kerana kemanisan yang kita gapai itu hanya beberapa saat sahaja tetapi dosa, kegelisahan mengiringi selepas itu lebih-lebih lagi balasan di akhirat yang tidak terlepas, Nauzubillah. Berbeza dengan kebaikan, amal soleh yang dituruti dengan balasan dunia akhirat. Yakin kematian itu semakin dekat, dan balasan Allah itu pasti! 

Dunia ini ladang amal. Ladang amal kepada kita selaku hamba Allah untuk laksanakan amal soleh sebaik dan sebanyak mungkin. Tuntut ilmu yang bermanfaat seiring dengan amal, yang manjadi penyuluh perjalanan kepada diri, keluarga dan masyrakat, Insya-Allah. Amalan soleh dan kebaikan yang disemai, ditanam, dan dibajai ketika kita di dunia akan dituai di akhirat nanti. Waktu emas untuk kita berlumba-lumba melaksanakn makruf, ibadah, amalan soleh dan sebahgianya. Ayuh, Fastabiqul khairat!  


Cinta dan sayang buat semua! :)


Jazakumullahu khayran jaza' kepada semua!
Terima kasih kepada mak, abah, adik-adik, keluarga, teman, sahabat yang banyak memberikan sokongan dan doa kepada diri ini. Jazakumullahu khayran jaza' atas ingatan, ucapan selamat hari lahir dan doa dari semua. Kepada housemate 429 dan juga 272 serta kepada semua yang mengenali diri, terima kasih banyak semua :) Sepanjang perjalanan, ku mengerti diriku tidak keseorangan sentiasa ditemani keluarga, teman dan sahabat-sahabat yang sentiasa di sisi memberikan dorongan. Ingatiku dalam doa kalian. Mohon maaf zahir batin sekiranya ada silap dan khilaf. Saya sayang semua! :)

"Ya Allah, pelihara mereka dalam jagaan-Mu dan masukkan mereka ke Syurga-Mu Ya Allah".

Jabir Radiallahu Anhu bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : "Sesunggungya perkara yang aku amat bimbang menimpa umatku ialah menurut hawa nafsu dan angan-angan yang panjang. Adapun menurut hawa nafsu itu akan menutup segala pintu kebenaran dan panjang angan-angan akan menyebabkannya lupa apa akhirat. Adapun dunia ini sedang bergerak pergi, sedangkan akhirat pula sedang bergerak datang dengan pantas, setiap keduanya iaitu dunia dan akhirat itu mempunyai anak-anak. Ketahuilah mereka yang menjadi anak-anak dunia, sesungguhnya dunia adalah tempat beramal atau melakukan segala kerja, manakal hari akhirat adalah hari perhitungan dan tiada amal." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Wallahu 'Alam.


Salam sayang, 
Nuur Halimatus Saadiah 

Peterborough, 13 Rabi'ul Awal 1433H

0 comments:

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook