Hidup Beri Manfaat

Thursday, August 18, 2011

Magnet Bulan Ramadhan! Satu Permulaan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Surah Al-Baqarah:183

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah 2:183)
Permulaan Ramadhan

Ramadahan Kareem buat semua. Terasa begitu cepat benar masa berlalu, sedar tak sedar hamper 2/3 perjalanan Ramadhan kita telah lalui. Bila memasuki bulan Rejab dan Sya'aban ramai yang tidak sabar menanti kehadirannya.
Ya Allah, bulan istimewa yang Engkau anugerahkan buat hambaNya. Syukur Ya Allah, Allah sampaikan kita pada bulan Ramadhan bulan yang terselit berjuta-juta keistimewaan dan peluang untuk kita selaku hambaNya merebut setiap detik sebaikya. Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa, iaitu 10 ramadan yang pertama adalah Rahmat (Mercy) , 10 ramadan yang kedua adalah keampunan (Forgiveness) dan 10 fasa terakhir adalah fasa pembebasan dari api neraka (Freedom From Hell). Fasa 1: 10 hari awal bulan Ramadhan telah meninggalkan kita, tatkala muhasabah, cuba kita amat-amati apakah kita sudah menggunakan peluang sebaiknya? Atau ia berlalu begitu sahaja tanpa kita isi dengan amal soleh, ibadah, kebaikan dan sebagainya. Fasa 2 : 10 hari pertengahan bulan Ramadhan sedang kita tempuhi perjalanan, berbaki 2 hari lagi sebelum kita memasuki Fasa terakhir: 10 Hari yang terakhir bulan Ramadhan. Kita masih mempunyai peluang untuk kejar dan gapai fadhilat bulan Ramadhan dalam hari-hari yang berbaki ini.
Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu". (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Ayuh! Beruntunglah orang-orang sentiasa berusaha dalam menggapai redha Allah! (Mahukah kita menjadi salah satunya?Hayya!)
Bertatih Mengenal Puasa
Terimbau waktu kenangan semasa kecil-kecil dahulu mungkin ketika itu belum tahu maksud bulan Ramadhan serta apa fadhilatnya,ketika itu bertatih belajar nak berpuasa, bertatih mengenal Solat Sunat Terawih, belajar sedikit demi sedikit. Tahun pertama belajar bepuasa,puasa berselang-seli,ada ponteng, kemudian tahun berikutnya cuba tingkatkan dari tahun sebelumnya sehingga usia meningkat untuk wajib berpuasa penuh sebulan bulan Ramadhan. Alhamdulillah, tarbiah buat anak kecil. Dan proses belajar mengenal Allah. Contoh terbaik yang selalu diperhatikan oleh anak-anak ialah ibu ayah mereka selaku orang yang paling hampir dengan mereka. Mereka belajar dari apa yang mereka perhatikan. Dalam proses berpuasa, kebiasaannya ibu akan mula mengajak anak kecil berpuasa.Dari situ, peranan ayah dan ibu memberi sokongan kepada si kecil untuk sama-sama berpuasa sehinggalah waktu berbuka. Kelonggaran diberikan sekiranya mereka tidak tahan tetapi semangat untuk mereka berpuasa sudah mula dipupuk dan akan bercambah hari demi hari. Mungkin pada awalnya, keluhan dari anak kecil tetapi dengan proses belajar hari kehari sudah menjadi kebiasaan untuk anak-anak teruskan berpuasa tanpa keluhan. Kadangkala keterpaksaan itu akan akhirnya membuahkan keikhlasan dan keyakinan dalam melaksanakan amalan.
Bulan Anugerah Istimewa
Dalam bulan ini, Subhanalllah penuh ruangan solat lebih-lebih waktu malam. Berpusu-pusu hamba Allah ke masjid dan surau melaksanakan ibadah solat terawih dan kemudian disusuli tadarus. Dari seawall subuh, kemeriahan rumah-rumah Allah dapat dirasai. Al-Quran dibaca, ditatapi maknanya, sebaiknya cuba diselsaikan 30 juz dalam sebulan Ramadhan. MasyaAllah!Ada yang mengambil peluang bulan Ramadhan ini sebagai permulaan untuk berubah dan memperbaiki diri dalam meniti perjalanan seterusnya. Di siangnya yang mana kita perlu mendisilipkan diri menahan dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dan juga yang boleh mengurangkan pahala berpuasa. Di malamnya pula persiapan untuk menambahkan cinta antara Pencipta dan hambaNya. Ditambah pula dengan tadarus Al-Quran, Zikir-zikir, dan sebagainya. Pokoknya siang dan malam penuh dengan tentative yang mudah untuk gandakan pahala dan raih CintaNya! Cuma Tanya pada diri kita ke mana perjalanan kita. Magnet bulan eksekutif!
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. FirmanAllah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
10 Terakhir Ramadhan
2 hari lagi kita akan memasuk fasa terakhir bulan Ramadhan. Sedih kan bulan Ramadhan sudah mahu meninggalkan kita? Apakah kita berpeluang akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang? Pada bulan Ramadhan, macam-macam tawaran bonus menarik yang ditawarkan yang boleh kita rebut ! Yang paling terbesar adalah augerah Lailatul Qadr yang mana Allah sembunyikan bilakah Lailatul Qadr. Anjuran pada kita untuk meningkatkan lagi amal ibadah, qiam, solat sunat, tadarus, iktikaf dan sebagainya pada sepuluh malam yang terakhir. MasyaAllah, sangatlah beruntung mereka yang dipertemukan dengan malam seribu bulan ini. Tatkala melalui perjalanan sepuluh yang terakhir, pemergiaannya hampir-hampir dirasai. Kadangkala kita tidak menggunakan peluang dengan sebaiknya, ianya terus beredar dengan begitu sahaja. Kita masih ada peluang! Ayuh kita gunakan 10 yang terakhir ini dengan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah, beribadah, banyakkan berdoa dan lain-lain lagi. “Ya Allah, moga Ramadhan kali memberikan pengertian yang mendalam buat hambaMu ini Ya Rabb”.
Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi S.A.W menjawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah, "Allahumma innaka 'afu wun tuhibbul 'afwa fa' fu' anni" ( Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). ( HR Tirmidzi)
Syawal yang bakal menjelma, Ke mana hala tuju selepas Ramadhan?
Lebih kurang 12 hari lagi, Umat Islam akan menyambut bulan Syawal. Anak bulan Syawal menandakan pengakhiran bulan Ramadhan. Adakah kemeriahan dan pesta ibadah yang dirasai bulan ini juga berakhir tatkala memasuki malam 1 Syawal? Muhasabah diri bersama. Mari! Kita gunakan bulan ini sebagai muhasabah, koreksi dan permulaan perjalanan baru kita yang mendatang untuk tingkatkan Ketaqwaan & Iman , InshaAllah. Di bulan Ramadhan ini kita wajib berpuasa sebulan, InshaAllah kita juga bisa melatih untuk berpuasa sunat di bulan-bulan yang lain. Dalam bulan ini, Alhamdulillah kita cuba menghabiskan 30 juz Al-Quran, InshaAllah pada hari-hari yang mendatang juga kita ada peluang membaca dan menghayati kandungan Al-Quran setiap lembaran. Di bulan ini, Alhamdulillah kita perbanyak solat sunat seperti solat sunat Terawih, Tahajjud, Taubat dan lain-lain, InshaAllah pada detik-detik dan hari-hari yang mendatang juga kita bisa ringan Qiammulail, Solat Sunat Tahajjud, Solat Sunat Taubat. Di bulan ini kita perbanyak sedekah, InshaAllah di bulan-bulan lain juga kita dapat bersama-sama berkongsi dan ringan untuk hulurkan sebahagian rezeki yang kita ada. Subhanallah!Nikmatkan & Indahkan..Tarbiah untuk hari mendatang! Starting point kita dah mula, nak teruskan tak?Ayuh! :)
"Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun, Maafkanlah kami Ya Rabb. Berkatikalh kami dalam Bulan Ramadhan. Jadikan bulan ini permulaan kebaikan dan penghijrahan buat kami ke arah yang lebih baik untuk menambahkan Taqwa kepadaMu Ya Allah"
Jazakumullahu Khairan Jaza'.
Banting,
18 Ramadhan 1432H

0 comments:

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook