Hidup Beri Manfaat

Saturday, May 28, 2011

Cerita Kita : Denyut-denyut Nadi!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Lama sudah tidak menjejak menulis blog ni, kadang-kala tengok blog ini seakan koma seketika, berbulan-bulan tiada entri baru.Hati berkata bukan mudah nak menjadi penulis yang konsisten, yang istiqamah terus menulis. Semuanya perlukan ilmu, pengalaman dan masa untuk menghasilkan satu penulisan.

Rutin pelajar bermula beberapa minggu lepas bagi semester pendek summer course selepas bercuti seketika seusai peperiksaan akhir semester empat yang lepas, alhamdulillah diam tak diam sudah selesai semester empat berbaki empat semester lagi, Insha-Allah. Usai imtihan lepas, saya tekad untuk recognize semula blog yang dah berhabuk dan bersawang, Insha-Allah."Ya Allah, kuatkan tekadku untuk menulis walaupun sedikit." Jauh di sudut hati, saya ingin sekali menulis kadangkala bila kita lalui kehidupan sehari-hari banyak yang kita belajar dan dapat. Rentak dan tarian kehidupan semakin hari semakin mencabar, semakin hari semakin kita kenal makna sebuah kehidupan.

Syukur pada Allah, Allah panjatkan usia kita. Setiap kali kita bangun kita dapat melihat keindahan dan kebesaranNya, Subhanallah begitu banyaknya nikmat yang Allah kurniakan pada kita. Seawal dari kita bangun sehinggalah kita melelapkan mata, setiap detik setiap waktu melimpah nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya, Alhamdulillah. Lantas kita selaku hamba-Nya sewajibnya sentiasa memanjatkan kesyukuran kepada Allah. [Tasbih, Tahmid, dan Takbir].

Keputusan untuk stay sebentar untuk summer course dicapai selepas memikirkan, alhamdulillah ada hikmah tinggal sebentar untuk summer class ni. Kelas hanya 2 kali seminggu dan masa yang lain boleh diisi dengan sebaiknya,Insha-Allah. Waktu ini peluang untuk mendekati dengan masyarakat di sini di tempat yang dikenali Peterborough, Ontario. Meskipun tidaklah segah bandar-bandar besar seperti Toronto dan Ottawa, saya yakin ada sesuatu yang tersembunyi di tempat ini. Saya sukakan tempat ini!Dan barangkali kemungkinan ada jatuh cinta dengan suasana di sini.

Kadang-kadang ketika berjalan-jalan bertegur sapa dengan pakcik atau makcik yang sudah bersara kebanyakan akan bertanya "Do you like this place?", lantas senyuman ana balas dengan jawapan mengiyakan dan excited kerana tempat seperti ini ana inginkan seperti kampung tempat ana dibesarkan. Ada nilai estetika bagi saya tinggal di sebuah kampung. Syukurnya Ya Allah.

Seawal pagi, Sang Matahari menampakkan serinya selepas lebih tiga bulan salji menutupi hamparan rumput. Tatkala musim salji menjengah, betapa nikmat panas sangat dirindukan. Kini, bunga-bunga cantik mekar menari-menari menampakkan keindahan, Subhanallah!. Ke mana-mana sahaja pergi, si cantik tulip pasti menarik perhatian yang melihatnya. Lihat sahaja merah, ungu, kuning, putih semuanya cantik sekali mekar mengikut aturan Allah.

Daun-daun maple juga sudah kehijauan memenuhi ruang setiap dahan. Cantik menghijau rumput-rumput di sekeliling. Sang burung berterbangan dengan penuh gembiranya, semua makhluk ciptaan-Nya tunduk dan sujud kepada Allah.

Sungguh perancangan Allah sebaik-baik perancangan, perjalanan diatur Alhamdulillah hampir dua tahun melayari perjalanan sebagai perantau di bumi maple leaf. Dalam perkiraan berbisik sendirian, 'cepat benar perjalanan masa kadangkala terlepas masa untuk diisi dengan sebaiknya'.

Musim bunga datang berganti selepas tiga bulan musim salji. Peluang tinggal negara empat musim, syukurnya dapat merasakan takjubnya kebesaran Allah, Subhanallah. Dalam keempat-empat musim yang silih berganti ada aturan yang Allah aturkan. Cantik, indah! tidak bisa digambarkan dengan kata-kata.

Insha-Allah cerita musim Spring di bumi Kanada tahun 2011 berbaki lagi 22 hari lagi, seusai peperiksaan nanti panjang umur akan pulang bercuti di tanah air, Insha-Allah. Merantau mengajar erti rindu! :)

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, " Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau Menciptakan ini dengan sia-sia. Dan Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka..." (Surah Ali 'Imran 3: 190-191)








Salam sayang,

Ummu Imad
Peteborough

3 comments:

panda putih said...

good luck then!

Syaheedatul Humaira said...

jazakillahu khairan jaza' :)
good luck too!

Azwan said...

ding2...

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook