Hidup Beri Manfaat

Monday, December 6, 2010

Detik Ini Menongkah Perjalanan Seterusnya - Salam Maal Hijrah 1432H


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Rabb sekalian alam, pemilik yang hakiki. Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW ,keluarga baginda dan para sahabat.
Hari ini hari terakhir sebelum memasuki fasa tahun baru 1432 Hijriah, sungguh waktu itu pantas berputar.

Tatkala mengimbau peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W begitu indahnya waktu itu, bagaimana Rasulullah dan orang-orang muhajirin disambut meriah setibanya di kota madinah. Laungan nasyid tolaal badru menggamit suasana kedatangan kekasih Allah di bumi Madinah. Rindu mereka pada Rasulullah terubat tatkala melihat dan mendengar suara baginda. Dan ketika itu Islam berkembang dan terus berkembang pernah menjadi satu empayar yang hebat di dunia sehinggalah sampai kepada generasi hari ini, Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat Islam dan Iman.

Begitulah pengorbanan Kekasih Allah Nabi Muhammad SAW dalam mengembangkan agama Allah, Addinul Islam. Bumi yang dahului jahiliah, kedatangan Nabi membawa sinar Islam terus bercahaya dan limpah barakah melimpah sehingga ke hari ini, Subhanallah. Susah sebelum senang, pelbagai mehnah yang ditempuh Rasulullah meskipun begitu baginda terus yakin dengan Allah malahan bertambah kuat dan semangat untuk menegakkan agama Allah. Allahu Akbar!

Daripada Aishah r.a berkata, Rasulullah saw bersabda maksudnya: “Tidak ada hijrah selepas pembukaan (Mekkah,) tetapi jihad dan niat (yang baik.) Apabila kamu disuruh bersiap sedia, maka bersedialah.” [Hadis riwayat Muslim]
Apa maksud hijrah yang memberikan impact positive pada generasi kita pada hari ini?Masing-masing ada impian dan cita-cita yang hendak dilaksana dalam perjalanan seterusnya, InsyaAllah. Niat yang lebih baik perlu dimulai dengan kedatangan tahun baru ini. Dalam setiap perjalanan kita, selaku hamba padaNya dalam setiap apa yang kita perlakukan dahului dan tetapkan kerana Allah kerana kita hidup adalah agenda untuk Allah. Seorang hamba perlu sentiasa taat dan patuh pada perintahnya penciptaNya, jika kita seorang pelajar jadilah pelajar yang cemerlang dunia akhirat, jika kita seorang anak bentuklah diri kita menjadi anak yang soleh solehah yang taat dan berbakti kepada ibu bapa, jika seorang isteri raihlah pangkat isteri solehah teman sejati,bidadari suami dunia akhirat, menuju mencapai mardhatillah merebut kedudukan taqwa di sisi Allah, InsyaAllah.

Dalam perjalanan kehidupan kita seharian,muhasabah itu membuatkan kita berfikir dan koreksi,

What is my missions in life?
What sacrifices my willing in order to accomplish our missions?
In the priority in my life, where is the learn in the list in my life?
What I have done today?
Do I done something which contribute to ummah?
Do I done something which gain taqqarub to Allah?
Where Allah and Prophet Muhammad SAW in our heart?
What we want to start this time,tomorrow and forward?


Moga tahun baru hijrah yang akan kita lalui ke hadapan, semakin bawa kita dekat dengan Allah bertambah cinta kepadaNya, bertambah kasih dan cinta kepada kekasih Allah Nabi Muhammad dengan perbanyakkan selawat dan salam serta sunnahnya, menjadi anak soleh solehah buat ibu bapa, pelajar mumtaz dunia dan akhirat, dan perbanyakkan amalan soleh, InsyaAllah.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahin,
Tetapkan hati kami dalam agamaMu,
Istiqamahkan kami dalam mentaati suruhanMu,
Jadikanlah pengakhiran tahun 1431H penutup yang baik buat kami,
Ampunilah dosa kami, kedua ibu bapa kami, dan muslimin muslimat yang lalu,
Jadikanlah pembukaan 1432H satu permulaan yang lebih baik dari sebelumnya,
Kau peliharalah hati-hati ini dari maksiat dan dosa,
Bersihkanlah hati-hati ini Ya Allah,
Jadikanlah amalan soleh amalan lazim pada diri kami,
Kuatkanlah langkah kami Ya Allah dalam menghadapi perjalanan mendatang,
Jadikanlah kami hamba yang sentiasa bersyukur atas segala nikmatMu,
Moga Engkau Redha akan kami Ya Allah.


SALAM MAAL HIJRAH
1 MUHARRAM 1432H

"Kullu 'Am wa Antum Bikhair"
Maaf zahir & batin



Peterborough,
Dec 6, 2010
30 Zulhijjah 1431H

0 comments:

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook