Hidup Beri Manfaat

Wednesday, December 22, 2010

Bienvenue Montreal!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bingkisan Perjalanan September 2010-Montreal, Quebec

Ketika kaki belum melangkah ke bumi Maple Leaf, pernah satu ketika terdengar perkataan Quebec. Dalam fikiran ketika itu, cantik agaknya tempat Quebec ni. Alhamdulillah, musim luruh 2010 yang lepas sampai juga tempat yang di namakan Montreal, Quebec. Quebec merupakan salah satu province dalam Kanada bersebelahan dengan province Ontario. Perjalanan dari Toronto ke sana mengambil masa kira-kira 6- 7 jam.

Suasana hening dengan kedinginan pagi menyambut kehadiran kami di sana, Subhanallah!sampai sahaja kami di sana seperti kami berada di luar negara Kanada, masakan tidak di situ bahasa perancis merupakan bahasa utama, di mana-mana sahaja kami pergi, kebanyakan papan tanda menggunakan bahasa perancis. Orang-orang di sana juga ada bezanya dengan di ontario. Benar, perjalanan itu mengajar kita mengenal dunia, menilai kita memperbaiki diri, serta membawa kita melihat kebesaran Allah, kenal & bertambah dekat dengan Allah. Allah Maha Hebat!

Langkah terus di atur menjelajah bumi Montreal, banyak tempat-tempat menarik yang dilawati. Hajat dihati mahu meneruskan perjalanan ke Quebec City, atas lagi dari Montreal & perjalanan beberapa jam dari Montreal. Perancangan diatur semula dengan hanya berjalan sekitar Montreal memandang banyak lagi tempat yang belum dilawati sekitar di situ, InsyaAllah ada hikmahnya setiap pengaturan Allah. Ada masa nanti, panjang umur serta ada rezeki dari Allah boleh ketemu dengan Quebec City pula pada masa akan datang..InsyaAllah..:)


Montreal Fall 2010


Olympic Park

Botanical Garden

Old Montreal


Habitat 67

Place Jacques- Cartier

Masjid Al Oumma Al Islamaya

Pemandangan Malam Montreal

Biosphere Environment Museum

Dan Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Esa; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang mengendalikan langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda KeEsaan dan Kebesaran Allah bagi kamu yang memikirkan. (Surah Al-Baqarah 2:163-164)

Wallahu'Alam,
salam sayang

0 comments:

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook