Hidup Beri Manfaat

Tuesday, November 30, 2010

Masa yang Berlalu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, syukur Ya Allah hambaMu masih diberi kesempatan melihat dan melangkah di bumi Allah ini. Beberapa bulan blog ini tidak diupdate, kadangkala untuk menjengah laman ini seketika terasa berat untuk melihatnya seakan bersawang tanpa bicara. Minta maaf kepada semua sahabat-sahabat yang dikasihi moga kalian sentiasa sihat sentiasa di bawah lindungan dan redha-Nya.

Masa pantas berlalu dan ianya tidak menunggu kita bahkan kita lah yang perlu merebut dan mendapatkan dengan menggunakan kesempatan waktu itu dengan sebaiknya. Firman Allah dalam surah Al-Asr :"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran" (Al-Asr 103: 1-3).

Nikmat masa lapang yang dikurniakan kepada kita seringkala kita abaikan tanpa sesuatu yang berfaedah tanpa kita sedari, adakah kita isikan dengan dengan amal saleh, dengan kebaikan atau memenuhinya dengan ilmu yang bermanfaat?yang menambahkan diri kita dekat dengan Allahu Rabbi..

Di era dunia moden, globalisasi ini menjadi satu ujian pada kita. Di sekeliling kita kadangkala kita disibukkan dengan materialistik, dengan teknologi dan sebagainya. Ianya pada asalnya ada kebaikan untuk kita menggunakannya tetapi kalau digunakan secara lebihan boleh memberikan kesan sebaliknya. Masa lapang yang ada boleh hilang begitu sahaja tanpa digunakan sebaiknya.

Muhasabah pada diri ini.

Moga hari ini lebih baik dari hari semalam, dan pengharapan hari esok lebih terbaik dari hari ini dan seterunya. InsyaAllah.


Alhamdulillah, semester 3 hampir selesai. Meniti perjuangan yang belum selesai sebagai seorang pelajar dan InsyaAllah selamanya status pelajar lekat pada diri sehinggalah dipanggil mengadap Ilahi. Musim luruh 2010 berlalu, Subhanallah Maha Besar ciptaanMu Ya Allah. Dari pelbagai sudut, aku melihat sungguh cantik setiap ciptaanMu. Subhanallah Al-Azim.. Dikongsi bersama sedikit foto musim luruh yang lepas. Sangat Cantik..:)




Fall 2010-Peterborough




Jazakumullahu khairan jaza'.

Salam Sayang,
Peterborough Nov,29 2010


2 comments:

FasiHaH SupiaN said...

Subhanallah..
Cantinya pemandangan!

Syahidatul Humaira said...

Allahu Akbar!
sangat2 cantik ciptaan Allah..
Alhamdulillah, sekarang dah masuk musim salji..Ada rezeki nanti boleh massukkan gambar musim salji pula..:)

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook