Hidup Beri Manfaat

Thursday, January 7, 2010

VIVA PALESTINA-Breaking The Siege Of Gaza

3rd International convoy departed on

December 6th 2009 and arrived in

Gaza January 6th 2010

MISSION ACCOMPLISHED!

One month, thousands of miles, ten countries, one ship and a four flights later,
Viva Palestina has entered the besieged Gaza Strip


Syukur Ya Allah..Terhenti lamunan seketika membaca berita bahawa VIVA PALESTINA selamat sampai di bumi Palestin, Alhamdulillah dengan NamaMu yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang akhirnya misi kemanusiaan Gaza, Palestin selamat sampai di sana. Meskipun pelbagai rintangan ditempuh akhirnya dengan semangat, azam kekuatan dan keyakinan, mereka berjaya merealisasikan hasrat beribu-ribu activist seluruh dunia yang menyertai konvoi kemanusiaan ini. Memulakan perjalanan dari United Kingdom, perjalanan memakan masa sebulan dan kelmarin krisis yang melanda di Mesir atas kesukaran kerajaan Mesir yang tidak membenarkan konvoi memasuki sempadan mencetuskan protes dan kemarahan. Apakah isu disebaliknya? sama-sama kita fikirkan, buka mata buka minda...

"It is shocking that the Egyptian government is behaving in this way. There can be no justification for preventing this aid and the people who have worked so hard to provide it from reaching Gaza . The Palestinians are waiting for this well publicised international convoy to arrive and these actions of the Egyptian government, and the building of Egypt's steel wall signal that Egypt is colluding with the Israeli government's illegal siege of Gaza.”Betty Hunter, General Secretary of the Palestine Solidarity Campaign

"The Palestinians will never be starved into surrrender."

AllahuaAkbar!

Dan akhirnya dengan izin Allah, misi Viva Palestina-International Convoy berjaya melepasi sempadan. Dan sudah tentu wajah-wajah rakyat Palestin yang mempuyai semangat Jihad yang tinggi amat gembira atas kehadiran konvoi kemanusiaan tersebut. Mereka berjaya melaksanakan misi kemanusiaan ke Palestin, membawa harapan untuk rakyat Palestin....dan Kita?Apa sumbangan kita? Sama-sama kita muhasabah.

Terus panjatkan doa untuk saudara-saudari Islam kita di Palestin dan di mana jua mereka berada..

اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ

اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ

اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين

اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ

اللَّهُمَّ يَا اللّـه يَا اللّـه يَا اللّـه إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Wahai Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin ,
Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.


Informasi lanjut : http://www.vivapalestina.org/


Sekian, wallahu a'alam..


Salam perjuangan,

Stewart Street~

3 comments:

Faarihin said...

Alhamdulillah.. semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan-urusan yang berjuang di jalanNYA..

Masyitah said...

Semoga Allah memudahkan segala urusan dalam memastikan syiar Islam terpelihara

Nuur Halimatus Sa'adiah said...

Assalamualaikum Warahmatullahi wabaraktuh..

Jazakillahu Khair Kathir atas kunjungan ukhti Faarihin & Ukhti Masyistah ke blog ini dan meninggalkan coretan utk tatapan semua..:)

Ameen..moga dipermudahkan semuanya..sama-sama kita berdoa dan moga pertolongan Allah terus brsama mereka..

Firman Allah:
"Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah dia dari pengikutku dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya dia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar.Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir".(Surah Al-Baqarah,2:249-250)


"Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)". (Surah Ali Imran,3:195)


Takbir!
Allahu Akbar...

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook