Hidup Beri Manfaat

Sunday, January 3, 2010

Ada Apa Padanya? 'You Feel, You Judge': Winter Break Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat jalan 1430H dan tahun 2009, Ahlan Wasahlan 1431H dan
2010 masihi. Allahu Akbar, pangaturanMu Ya Allah..

"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaarn"(Surah Asr(103):1-3)

Alhamdulillah, winter break fasa 1 dihabiskan di Toronto menghadiri program 'Reviving the Islamic Spirit 2009'. Syukur kerana saya berpeluang dan kesempatan untuk menghadiri yang bagi saya satu program yang begitu berprestij di dunia. MasyaAllah, saya rasakan aura Islam yang semakin berkembang di North America ini khususnya. Kehadiran ramai peserta dari seluruh America dan Canada membuatkan saya begitu teruja dengan semangat2 mereka di sini. Pihak penaja memberitahu bahawa kehadiran peserta pada RIS 2009 ini dianggarkan lebih 10, 000 orang.MasyaAllah, satu jumlah yang saya rasa amat besar, itu belum dikira semangat dan wajah-wajah ceria setiap peserta. Solat jemaah yang begitu ramai dapat kami saksikan, seakan-seakan saya berada di tempat yang majoriti Islam, lama rasanya tidak melihat keadaan yang begitu ramai sekali umat Islam solat berjemaah. Jika di Malaysia, sudah menjadi 1 rutin dan kebiasaan namun di sini waktu inilah saya dapat saksikan perhimpunan umat Islam di North America.







Terdengar berulang-ulang kali laungan takbir di dalam dewan Metro Convention Centre selama program ini berlangsung. Tahun in adalah tahun ke lapan convention ini berlangsung, untuk membentuk dan melaksanakan satu program seperti ini bukanlah mudah lebih-lebih lagi di sini, tetapi semangat, kekuatan, dan istiqamah semua pihak..dengan izin Allah kita lihat hasilnya pada hari ini. AllahuAkbar.....

Semasa dalam RIS 2009 ini juga, keindahan Islam menyuntik sahabat-sahabat kita yang non muslim memeluk Islam, Allahu Akbar..Hati mereka terbuka luas dengan izin Allah untuk kembali ke agama fitrah iaitu Islam. Dapat disaksikan secara live mereka mengucap 2 kalimah syahadah disaksikan ribuan saudara-saudari Islam dalam dewan Metro Convention Center. Pengalaman yang begitu berharga buat saudara-saudari baru kita yang reverted Islam.

Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk bersama-sama sahabat-sahabat lain untuk bersama menggerakkan RIS 2009 ini. Dapat dilihat dari wajah setiap volunteer,meskipun penat namun kepuasan dan kegembiraan terpancar di setiap wajah mereka. Pengalaman yang amat berharga dikutip sepanjang program ini mahupun sebelumnya. Seronok dapat bekerja bersama dengan team Imaan khususnya dan juga sahabat-sahabat yang lain.


Syeikh Abdallah Bin Bayyah


Syeikh Habib Ali AlJifri


Professor Tariq Ramadan


Syeikh Hamza Yusuf


Peluang ketemu bersama dengan speaker-speaker secara dekat adalah satu peluang yang amat bernilai dan berharga buat saya. RIS 2009 tahun ini menampilkan ulama'-ulama' terkenal dan ilmuan-ilmuan seperti Syeikh Abdullah Bin Bayyah, Syeikh Habib Ali AlJifri, Syeikh Sulaiman Mulla, Syeikh Hamza Yusuf, Dr.Abdal Hakim Jackson, Dr. Jamal Badawi, Dr. Yusuf Islam, Dr. Abdal Hakim Murad, Dr. Tareq Suwaidan, Professor Tariq Ramadan, Imam Zaid Shakir, Imam Yassir Fazaga, Imam Tahir Anwar, Imam Johari Abdul Malik, Syeikh Abdullah Idris Ali, Dr. Zainab Alwani, Sr. Tayyibah Taylor dan Sr. Aisha AlAdawiya.



Dr. Abdal Hakim Jackson


Syeikh Sulaiman Mulla


Dr. Abdal Hakim Murad


Dr. Yusuf Islam


Imam Zaid Shakir (dua dari kiri) dan Syeikh Hamza Yusuf (dua dari kanan)


MasyaAllah, teruja dan terpesona dengan lantangan speaker-speaker yang berucap dengan kemantapan ilmu yang mereka ada. Talk dari setiap speaker begitu padat dengan ilmu dan juga isu semasa. Rasa bertuah dapat mengambil ilmu daripada para speaker, Alhamdulillah...Pengisian 3 hari yang betul-betul digunakan dengan sebaiknya oleh setiap speaker. Cukup mantap, dengan perspective di barat yang saya rasakan memerlukan ulama-ulama dan ilmuan-ilmuan seperti mereka untuk membuka mata dunia bahawa Islam di barat juga berkembang dan terus-terus berkembang seterusnya menjadi umat dunia yang mantap, InsyaAllah...Moga semangat yang mereka ada terus meresap ke dalam diri anak-anak muda, dan juga diri kita.


Takbir!
Allahu Akbar..

"Wahai orang-orang yang beriman! maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(10) Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah denga harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui (11)" ( Surah As-Shaff(61):10-11)

Sekian, Wallahu a'lam..

Salam perjuangan,
Stewart Street~

4 comments:

Syafiq Azhari said...

syabas kpd semua volunteer...semoga terus menjadi volunteer pd thn2 akn dtg...insyaAllah..

at-toriQ said...

budak sentimental dtg!
hehehehe

happy tgk atus happy
go go go!

baru tgk movie the last castle td.
jika mereka berjaya menawan kembali castle itu, apakah kita juga akan mampu?
(sila tgk kat youtube and bayangkan tentera US itu tentera islam..sedih bile pk sal umat kan atus?...)

janji Allah itu pasti!
Allahuakbar!

esok dah start kelas
doakan win ya syg!

jgn nakal2!
=)

LuQmAn NuL HaKiM BiN HaMzAH said...

alhamdulillah satu perkongsian yg menarik...terima kasih..=)

~ HaQeeM ~

Nuur Halimatus Sa'adiah said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jazakallahu khairan kathira kepada semua sudi ziarah..:)

To Syafiq Azhari>Tahniah juga kepada semua peserta RIS 2009 yang berjya merealisasikan harapn penaja hgga sampai penghujung program.. InsyaAllah,doakan moga terus thabat dijalanNya dan diberi kekuatan untuk hari dan tahun seterusnya..:)

To at-toriq @ awin>tersenyum seketika membaca comment si kecik..:D
Alhamdulillah,syukur pdaNya..happy kita ni milik spe syg?Jika kegembiraan ini kita semua rasa bersama lagi happy kan..:)

Kita juga mampu malahan lebih hebat daripada mereka tetapi persiapan ilmu yang mantap, strategi, dan juga kekuatan dari semua aspek perlu kita persiapkan..Allah sentiasa bersama dengan org-org yang sabar dan beriman denganNya..

Win,alangkah bgusnya kalau semua umat Islam tahu matlmat dan knp kita diciptakan di ats muka bumi ini..Hnya sebahagian umat Islam memikirkan dan mengambil berat masalah yang melanda saudara-saudari Islam kita, tetapi brp rmai umat Islam yang tidak memikirkan dan mengambil enteng saudara-saudari Islam mereka? Alangkah bgusnya jika setiap individu umat Islam di dunia same2 memikirkan dan menitikberatkan sesama mereka..Apakah kerosakan dan kebinasaan akan terus melanda dan juga umat Islam akan terus ditindas?
Amat beruntung bagi mereka yang yakin dijalanNya dan istiqamah menyusuri prjalann menuju Rabb..

Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!

InsyaAllah,ya ukhti..mesti di sna mesti happy nk start kuliah dh esk kan,teruskan perjuangan!! Jalan di depan perlu diteruskan...Doakan atus jg dsni jg..

You too, take care..belajar sungguh2..InsyaAllah, jumpa lagi next time win..:)

To Luqman Nul Hakim Bin Hamzah> syukur padanNya diberikan kesemptan untuk merasai pengalaman yang saya rasa amat bernilai dalam perjlann hidup saya..same2, tiada apa yang dapat dikongsi melainkan coretan...:)

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook