Hidup Beri Manfaat

Monday, October 26, 2009

Seharian di Toronto

Alhamdulillah...reading break dah pun bermula

Pengembaraan pertama minggu ini, dimulakan perjalanan ke Toronto, sebuah bandar yang pesat membangun. Di tengah-tengah kesibukan kota ini, banyak yang dikutip untuk pengalaman dan juga ilmu. Perjalanan ke Toronto dari Peterborough mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit- 2 jam perjalanan. Berkenaan dengan tambang pula, approximately $19 jika pergi dan pulang hari sabtu, dan $33 untuk hari lain. Bagi rakan-rakan yang bercadang nak ke Peterborough, dialu-alukan kehadiran kalian.

Toronto dan Peterborough satu province yang sama, tetapi berbeza kondisinya. Peterborough lebih kepada suasana kampung berbanding suasana metropolitan di Toronto. Misi minggu ini ke Toronto adalah untuk mencari 'sesuatu' untuk bekalan winter nanti sambil menyelam mencari ilmu dan pengalaman, seharian berjalan di Toronto. China town tempat yang menjadi kemestian buat kami yang rindukan bahan-bahan asia untuk memasak. Dalam perjalanan di China Town, terlihat hantu-hantu Halloween berkeliaran di siang hari di tengah bandar Toronto mempamerkan aksi masing-masing. Awal seminggu mereka menyambut sambutan Halloween di sana.


China Town

Manakala, di sebuah kedai membeli trolley pula, seorang pemilik kedai bertanya kepada kami yang rancak berbual2 dalam bahasa Melayu "what language are you saying?"...dan kemudian tersebutlah al-kisah pasal Malaysia. Ketika meninjau-ninjau beg di dalam soalan seterusnya menyusul "are you muslim?"..jwb shida:"yes, we are muslim"..."so, you must wake up on 5 am?" Dengan nada mengeluh pemilik kedai itu seakan mengingatkan bahawa bangun seawal jam 5 pagi untuk menunaikan solat adalah sesuatu yang menyusahkan, tetapi sebenarnya pengaturan masa yang Allah telah tetapkan adalah yang terbaik dan terselit seribu kelebihan untuk hambaNya. Sesungguhnya hikmah allah dalam segala suruhan, larangan dan pada arahan mempunyai hikmah tersendiri tanpa disedari atau tidak disedari.

Firman Allah:

أَقِمِ الصَّلاَةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُوداً
"Dirikanlah sembahyang ketika gelincir matahari hingga gelap malam, dan solat subuh; sesungguhnya solat subuh itu adalah disaksikan para Malaikat" (Surah Al-Isra' 17:78)

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطاً
"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaanNya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya kami lalaikan daripada mengingati kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (Surah Al-Kahfi 18:28)


Tidak ada pada setiap yang ditaklifkan kecuali untuk membawa kepada kebaikan. Hikmah bangun pada waktu pagi melambangkan kepada kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan. Hanya orang mukmin sahaja yang dapat merasai hikmah ini. Hadis Riwayat Imam At-Termizi: "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan isinya," Betapa besarnya ganjaran dan pahala mengatasi keindahan dunia bagi mereka yang mengerjakan solat subuh. Selain itu, keutamaan Solat Subuh iaitu Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam menunaikan Solat Subuh, "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)" (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah).


Setelah puas berjalan dari utara ke selatan, dari timur ke barat, akhirnya detinasi persinggahan adalah ke masjid Toronto. Di sini, kami dapat berjumpa dengan saudara seagama yang sememangnya suasana itu yang ana rindukan. Kalau Trent Univerity, 'salam' adalah perkara lazim pabila bertemu denga saudara seagama begitu juga di sini. Rasa gembira dan syukur terselit dalam sanubari kami. Bilik rehat menjadi tempat kami lepak dan dikusi. Macam-macam kami berkongsi cerita lebih-lebih lagi cerita dengan saudara baru yang telah memeluk Islam sejak tahun 2005. Beasal daripada United States serta berketurunan jew dan kristian. Pengembarannya ke Canada, menyuntik dirinya untuk mula mendekati Islam dan akhirnya beliau kembali ke agama fitrah iaitu Islam. Rasa tertarik dengan kekuatan dan ketabahan beliau menghadapi rintangan sepanjang menjadi saudara baru. Alhamdulillah, rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama bagi mereka yang yaqin akan jalan menuju redhaNya. Seorang wanita daripada British Columbia pula seakan tertarik dengan negara kami 'Malaysia' dan berharap 1 hari nanti beliau akan sampai ke Malaysia. Dalam pengamatan Maryam Malaysia merupakan sebuah negara Islam, majoriti penduduknya menganut agama Islam dan mempunyai bermacam makanan yang enak-enak. Alhamdulillah, nama Malaysia mula dikenali dan mula mendapat pengiktirafan.

Di Masjid Toronto

Perjalanan ke Toronto kali ini, banyak yang ana dapat untuk dijadikan pengajaran dan pengalaman hidup. Erti syukur dilahirkan dan dibesarkan dalam Islam. Alhamdulillah..
Moga Allah kuatkan langkah kami menyusuri perjuangan ini,
إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
"Sesunguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam"

Sekian, wallahu 'alam...


Salam mujahadah,
Nuur Halimatus Sa'adiah
stewart street, peterborough

3 comments:

everjihad said...

salam..lupe mu de nak dtg..tak pulak msg..huhu..

btw, prob r nak bangun subuh lately..
senang nak tarik selimut..

ape harus kulakukan>?

Nuur Halimatus Sa'adiah said...
This comment has been removed by the author.
Nuur Halimatus Sa'adiah said...

waalaikumussalm everjihad..
hehe, takut menyusahkan plk nnti..anyway, thanks for you willing..

solat subuh ni antara ujian dan ukuran utk orang orang mukmin..antara bukti kekuatan seorang mukmin melawan nafsu (dgn keenakan tilm yg empuk, selimut yg lembut, air yg kedinginn, mimpi yg indah & sbginya)

niat tu penting dlm kehidpn seharian kta..mcm solat subuh & jga qiamulail kta kna psang niat & azam utk bngun pada awl waktu..wudhuk sblum tidur..

"Ya Allah kau bangunkanlah aku pada pukul ( waktu yang kita nak bangun) kerana sesungguhnya rohku berada dalam kekuasaanmu.."

Kalau sedar, trdengr jam berbunyi, lekas2 bangun untuk tunaikan solat, jgn lengah 'sbntr2' alamtnya bisa mengundang keenakan tidur kembali dan akhirnya tewas dgn bisikn syaitan oleh kerana trtinggal solatnya..

'alhamdulillah' dn 'doa' setelah bangun tidur dpanjangkn kpd Allah yg membrikan nikmat hidup..syukur krna dbri peluang utk menghirup udara kembali setelah tidur yang enak..

andai kata solat subuh ni solat terakhir kita, ap kta akan buat? susah tentu kta akan lekas2 bgn dan terus menunaikan brsungguh seakan kta akan bertemu dgn Tuhan kita..Kita kna sentiasa menginsafi hakikat diri kta sebgai seorg hamba yg hidup ini adalh pinjmn, tiada yg kekal milik kia..


"pesan pada hati, esok bangun awal pagi
pesan pada bantal jangan biarkan hanyut dalam mimpi
pesan pada jiwa jangan sampai malas terjaga
janji pada diri, aku mesti beribadah kepadaNya di pagi hari"-Muhammad Afnan Imtiaz-

*ingtan utk diri saya jge..

serba sedikit yg dpt dkongsi
hrp dpt membantu..
Sekian, wallahu 'alam..
salam sayang ain..

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook