Hidup Beri Manfaat

Friday, October 30, 2009

Menanti detik itu..."Death is coming, are we ready?"

Maha suci Allah..yang memperjalankan hambaNya...

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Maka sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdayakan." (Surah Al-Imran 3:185)


Hari ke minggu, minggu ke bulan, bulan ke tahun dan begitulah seterusnya..pertambahan usia bukanlah bermakna semakin lama usia kita di dunia tetapi semakin akrablah usia kita dengan detik kematian..'MATI'..semua orang akan merasai detik itu..

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (Surah Al-Ankabut 29:57)


Dalam beberapa hari ni, ingatan mati seringkali berkunjung dalam diri..malam ini kami berkumpul di Ottawa, dengan masa yang sedikit kami sempat diskusi dan berbicara mengenai kematian yang sememangnya suatu kepastian buat kita...
مَّا تَسْبِقُ مِنْ أُمَّةٍ أَجَلَهَا وَمَا يَسْتَأْخِرُونَ "Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan, dan mereka juga tidak dapat mengundurkannya"(Surah Al-Hijr 15:5). Alhamdulillah, Allah memberikan ingatan untuk saya untuk sentiasa muhasabah diri, Subhanallah...

Terdetik dalam diri, "Cukupkah amalan aku Ya Allah, kalau ditakdirkan aku menghadapMu sebentar lagi, esok, @ lusa?".."Apa yang telah aku sumbangkan untuk tegakkan agamaMu Ya Allah?".."Di mana kedudukan aku disisiMu Ya Allah?" dan banyak lagi yang berputar di balik fikiran ini.

Persoalan2 tersebut membuatkan saya untuk bermuhasabah diri kembali hakikat diri, sememangnya masih banyak kekurangan dan cacat cela yang perlu saya perbaiki sebelum tiba detik itu...Perjalanan demi perjalanan saya lalui membuatkan saya belajar dan berfikir akan erti hidup serta tujuan setiap makhluk ditiupkan roh di muka bumi ini.
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu." (Surah Adz-Dzariyat 51:56)


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Aku memohon kepadaMu,

kecintaanMu dan orang-orang yang mencintaiMu,

dan aku memohon kepadaMu amal perbuatan yang dapat

menyampaikan aku kepada kecintaanMu..

Ya Ghaffar..

tetapkanlah kami dalam Islam dan pelihralah iman kami,

kurniakanlah taubat sebelum mati,

mendapat rahmat ketika mati,

dan mendapat keampunan sesudah mati,

Ya Mu'izz..

mudahkanlah saat kami menghadapi sakratul maut,

jadikan pengakhiran hidup kami husnul khatimah,

bebaskanlah kami dari azab api neraka,

dan mendapat kemaafan pada saat hisab nanti,

Ya Mujib..

curahkan kesabaran dan teguhkan pendirian ini dalam meniti

perjuangan di jalanMu,

sampaikanlah cita-cita kami Syahid dijalanMu...

Ameen Ya Rabbal Alamin...

أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah"





Maaf zahir & Batin..
Sekian, syukran..

salam sayang,

Nuur Halimatus Sa'adiah

Junction Avenue,Ottawa 3:15 pg




7 comments:

i1 said...

yer, yer...

ni aku terbaca sebuah article ni...

seorang ustaz bertanya kepada seorang pemuda...

Ustaz: tahu x bila birthday adik???
pemuda: ya...(ape la ustaz... mesti la tau)
Ustaz: tahukah bila tarikh mati adik???

....

ye la tus... kdg2 aku trase lemah kat sini...

Ya Allah Ya shamad... tunjukilah kami jln pulang...

Nuur Halimatus Sa'adiah said...

Assalamualaikum,

yup, trikh mati adlh 1 rahsia Allah buat hambaNya..
krn setiap ap yg Allah ttpkn aldh yg trbaik..
persiapan mati adlh spnjang masa dan perlu kita mmpersiapkn dri dgn sebaikny sblum detik itu..

"Seorang yang beramal soleh, belum tentu akan beramal soleh selamanya...seorang yang beramal derhaka, belum tentu akan beramal derhaka selamanya. Berapa ramai, dalam sejarah, orang baik bertukar menjadi derhaka dan berapa ramai juga orang derhaka bertukar menjadi baik...Allah yang memiliki hati manusia dan dia boleh membolak balikkan semahunya....",

Manusia adlklnya brdepan dengan tribulasi hidup, yang kadang kala membuatkannya lemah tak terdaya..
dan itu menghendakkn kita
berbalik kita kpd pencipta yang Esa..ALLAH Rabb Alamin..moahon moga diberi kekuatan,kemudahan dan kejayaan dalam hidup di dunia dan akhirat...
Kasih sayang Allah amat dekat kpd hambaNya yg dekat dgnNya..

Nabi ajarkan kita satu doa sebagaimana disebutkan dalam hadisnya:

حدثنا أبو معاوية عن الأعمش عن أبي سفيان عن أنس قال : كان النبي صلى الله عليه وسلم يكثر أن يقول : { يا مثبت القلوب , ثبت قلبي على دينك , قالوا : يا رسول الله , آمنا بك وبما جئت به , فهل تخاف علينا ؟ قال : نعم , إن القلوب بين إصبعين من أصابع الله يقلبها

Diceritakan oleh Abu Mu'awiyah daripada Al-A'masy daripada Abu Sufyan daripada Anas bahawa Nabi SAW banyak berdoa: Wahai Tuhan yang menetapkan hati, tetapkan hatiku atas agamaMU. Mereka (para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah, kami beriman denganmu dan apa yang kamu bawa, apakah kamu masih takut lagi tentang kami?Jawab baginda: Ya, sesungguhnya hati-hati manusia berada di antara dia jari Allah, Dia membolak balikkannya. (Sunan Ibn Majah)

syukran..

mrs insanfakir said...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Aku memohon kepadaMu,
kecintaanMu dan orang-orang yang mencintaiMu,
dan aku memohon kepadaMu amal perbuatan yang dapat
menyampaikan aku kepada kecintaanMu..

Amin amin ya rabbal alamin

everjihad said...

suke doa tu..atus dpt kat mane?

rase mcm nak hafal je..
n baca dlm soa..so that hari2 ingat kat akhirat..

Nuur Halimatus Sa'adiah said...

atus pun suka..kombinasi doa2 pilihan..

mmg pntas dihafal & diamalkan selepas solat & jg kehidupan seharian..

syukran ukhti ain..

Faarihin said...

Salam dek.. akak pun terasa lemah juga bila cakap pasal kematian.. sentiasa terfikir cukup ke amalan2 untuk dibawa ke akhirat kelak..
akak pun nak hafal doa tu jugalah..

Nuur Halimatus Sa'adiah said...

waalaikumussalam kak faarihin..
asif lmbt reply, lame x menjenguh blog ni..

tertarik dgn kata2 ni..seseorang yang rindu pada penciptanya... dia tidak akan takut mati.. justru dia rindu mati.."

MasyaAllah kak, moga Allah lindungi & berikan kebaikan dan rahmat ketika detik itu..

ingtan untuk diri saya juga kak, moga amalan muhasabah diri, dpt meningkatkan amaln kita kepada yang lebih baik..InsyaAllah..

terima kasih kak faarihin,
Salam Aidil Adha 1430H dri bumi canada..Maaf Zahir & Batin..:)

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook