Hidup Beri Manfaat

Friday, October 9, 2009

Hikmah Perjalanan

Assalamualaikum Warahmatullah buat semua,


Lama rasanya ana tidak mencoret sesuatu dalam blog ini, mungkin lantaran masa dan juga mood untuk menulis yang kurang mengizinkan.

Terima kasih Ya Allah...setinggi kesyukuran hamba panjatkan..Alhamdulillah pejam celik rupanya sudah melewati sebulan saya dan teman-teman seperjuangan berada di bumi maple leaf ni. Banyak pengalaman dan juga cerita-cerita yang menarik yang kami dapat sepanjang
berada di sini.



Ramadhan yang pergi meninggalkann dan syawal dirai semuanya kami lalui di sini. Adakah mungkin aku ditemukan lagi dengan Ramadhan akan datang, Ya Allah? kiranya Kau temukan lagi untuk fasa berikutnya, Kau jadikan aku seorg Hamba yang bertambah berSyukur atas segala nikmat-Mu dan juga fasa itu lebih baik buatku..


Hidup sebagai perantau, sebulan sudah SAYA melwati usia itu di canada macam-macam saya belajar tentang hidup, tentang kenikmatanMu yang tidak terhingga. Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud :


"Maka tidakkah mereka menjelajah dunia sehingga terbentuk hati yang sedari dengan itu mereka dapat memahami erti hidup atau mereka benar-benar mempunyai telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya buta yang sebenar bukanlah buta di mata tetapi ialah yang ada di dada" (Al-Hajj22:46)



"Katakanlah: "Berjalanlah kamu di bumi merantau, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa. Dan janganlah kamu berduka cita terhadap mereka dan janganlah (dadamu) merasa sempit terhadap tipu daya mereka." (Al-Naml 27:69-70)



"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." (Ar-Rom30:9)


Galakan mengembara disebut didalam Al-Quran banyak kali dalam SurahYusuf 12:109,An-Nahl 16:36, Al-Hajj 22: 46, An-Naml 27: 69-70, Ar-Rom30:9, Al-Mu'min 40: 21 dan 82, Muhammad 47:10. Kesan mengembara dengan melihat kesan-kesan peninggalan sejarah, terbentang luas ciptaan Allah Rabb, hikmah kejadian dan sebagainya yang dapat meningkatkan ilmu, pengalaman dan juga menginsafi diri betapa kerdilnya diri kita selaku hamba di muka bumi ini,seterusnya menjadikan diri kita taqarrub kepada Allah.

Terlalu rindu rasanya terhadap keluarga, teman-teman, sahabat-sahabat, guru-guru dan juga tanah air tercinta. Namun, perjalanan yang perlu diteruskan di sini masih panjang dan cita-cita yang masih di awangan-awangan perlu direalisasikan. Keluarga yang dibina di sini bersama sahabat perjuangan dan doa menjadi pengubat kerinduan. Di kala kerinduan dan kesunyian datang, kita tahu Allah bersama-sama kita.


Di sini musim luruh sudah bermula,Subhanallah... sungguh agung ciptaan-Mu. Cantik melihat daun-daun berguguran di sini. Cuaca sejuk di sini kadangkala menguji kesabaran. Sejuk menusuk hingga ke dalam tulang. Kadangkala rindu cuaca panas di tanah air,kena sentiasa ingatkan pada diri sabar dan bersyukur. Teringat Firman Allah dalam surah Saba' 34:13 "Dan sedikit dari hamba-hambaKu yang berterima kasih".

Cantiknya perancangan Allah, 'Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu'.
Terima Kasih, Ya Allah.

Salam Rindu,
stewart street~

2 comments:

Faarihin said...

Salam.. Semoga kamu selamat merantau di bumi kanada itu.. beruntungnya kamu semua dapat mengembara jauh dari bumi tercinta.. entah bila saya pula nak merasa mengembara seperti ini.. semoga sentiasa baik-baik di sana.. (^__^)

Nuur Halimatus Sa'adiah said...

waalaikumussalm Faarihin..syukran, alhamdulillah..InsyaAllah Faarihin, satu hri nnti Faarihin jgk akan merantau..tnmkan azam & tekad..:)

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook