Hidup Beri Manfaat

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri 1430H dari bumi Canada...

Assalamualaikum warahmatullah...
Apa khabarnya di Malaysia?

Ramadhan meninggalkan kita dengan membawa seribu pengertian buat kami, merantau ke negara orang dan mencari pengalaman baru di sini.Kedengaran takbir raya rasa syahdu dan rindu kepada keluarga, guru-guru, teman-teman, sahabat-sahabat di Malaysia.Moga pemergian Ramadhan tahun ini mengajar kita serta bertambah kita dekat denganNya..

Syawal datang disambut dengan ala kadar di Peterborough bersama-sama teman serumah, namun kemeriahan masih terasa dengan alunan takbir dan lagu-lagu raya. Esok kami merancang menunaikan solat hari raya bersama teman-teman seMalaysia di Masjid As-salam, Peterborough.

Buat mak, abah, adik-adik, embah, nenek, keluarga, guru-guru, teman-teman, dan seluruh warga Malaysai yang mengenali diri ini, diucapkan SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN dari bumi canada. Doakan kami moga diberi kekuatan meneruskan perjalan selepas ini.

'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR &BATIN'




Salam Perantau,
Peterborough, 20 September 12:13 am

2 comments:

i1 said...

Salam Aidilfitri dari kami...

ana n isteri... eh??? bujang lg la... (tiru gaya abg raudhah... haha)

maaf zahir dan batin... maaf skiranya pernah "mengumpat" pasal ko ker... (maknanyer ade la kan??? eh... mane ade... azwan org baik...)

jemput la dtg ke rumah... aku ade wat kuih raya nih...

dell~ said...

salam aidilfitri dari malaysia..
hope gembire disane.. n tabah..
all da best!

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook