Hidup Beri Manfaat

Friday, September 4, 2009

Bermulanya sebuah perjalanan sebagai seorang Perantau....

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kami selamat sampai di Peterborough, ON,CANADA jam 11.30 mlm semalam. Kami baru selesai menjamah sahur di sini. Perjalanan yang panjang dari Kuala Lumpur ke Canada mengambil masa lebih 24 jam. Tiket perjalanan kami Kuala Lumpur-Amsterdam-London-Toronto. Transit di Amsterdam dan kemudian di London beberapa jam sebelum meneruskan destinasi ke Toronto. Panjang perjalanan luas pengalaman, InsyaAllah. Syukur, semuanya dalam keadaan baik dan selamat.
Masjid Toronto (blur)

Syahdu meninggalkan Malaysia, dengan membawa kenangan-kenangan bersama-sama keluarga, teman, guru dan rakan-rakan. Buat Mak, Abah, adik-adik, keluarga semua, teman, sahabat-sahabat jutaan terima kasih atas dorongan, inspirasi, dan doa. Doakan moga perjalanan di sini dipermudahkan dan juga kejayaan kami serta diberi kekuatan. Jazakumullahu khayran jaza'.

Di Toronto Airport

Terminal nak ke Peterborough
Terima kasih juga kepada senior2 yang menBoldguruskan kami selamat sampai ke Peterborough dari Toronto. Perjalanan dari Toronto ke Peterborough mengambil masa lebih 2 jam. Destinasi pertama sebaik kami sampai di Toronto , ialah masjid Toronto bersebelahan dengan Terminal bas. Dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat seperjuangan di sana. Lewat malam baru selamat sampai di rumah senior di Peterborough. Alhamdulillah. Sepanjang perjalanan, teringat keluarga dan teman-teman sekalian. Syukran jazilan kepada teman yang menghadiahkan lagu 'perantau' terungkap sejuta makna dan erti disebaliknya.

Perantau

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu
Ingatlah anak dan isteri
Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu
Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi
Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang
Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah

Salam Sayang buat semua,
Peterborough, 4 september 2009

6 comments:

Faarihin said...

Salam.. tahniah dapat sambung belajar di canada.. semoga berjaya dan selamat berjuang di sana.. salam ramadhan juga.. (^__^)

khalidah alhusna kamilen said...

salam..
atus, semoga kau berbahagia disana dan mndpt kejayaan ukhrawi dn duniawi,..
*beg berbondong2 laaahhhh.
*xnmpk muka puunnnn...

apapapun, jgn lupakan aku sepupu mu(khalidah alhusna kamilen:)

FasiHaH said...

salam halimah....
ada pun khabarnye....
semOga tabah di tempat baru k!

zunaha01 said...

don't forget about whole class 2A we will miss you much ustazah halimatus



by harun

Nuur Halimatus Sa'adiah said...

Assalamualaikum warahmatullah...

to Farahin: syukran atas doa dan support..salam ramadhan dan salam aidilfitri..maaf zahir & batin..ukhwah forever..:)

to husna: terima kasih ye cik husna, ameen..moga trcpai misi ana..InsyaAllah..sampaikn salam kpd fmly dan jgn lupa blik kg raya!..mmg muka tak nmpk, invisible..InsyaAllah, xdenya lupe..:)

to fasihah: Alhamdulillah smuanya baik2 dsni,biasala merantau di rantau org, kna kuatkan dan cekalkan hati..thanks a lot friend, don't forget me..

to Harun: my students always in my heart, i'll remember them forever include you, be smart in you studying..hopefully, i'll see you soon in canada..InsyaAllah..
sampaikan salam ustazah kepada smua shbt2 dan students MIA..

Salam Ramadhan dan salam perantauan

zunaha01 said...
This comment has been removed by the author.

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook