Hidup Beri Manfaat

Sunday, August 2, 2009

MISI JIHAD CINTA


بسم الله الرحمن الرحيم


Subhaanallah, nice story to be shared...jom hayati!..sebuah karya 'Misi Jihad Cinta....'


“Sayang, kita dah sampai.”


Safiyyah menggosok mata yang masih kantuk. Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya.


“Tapi safiyyah kena janji dengan abang, walau apapun yang jadi lepas ni Safiyyah mesti redha.”


Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata-kata suaminya.


“Abang ni, dari tadi Safiyyah tanya kita nak kemana. Tapi abang tak jawab pun.”


“Kan abang nak bagi Safiyyah hadiah ulangtahun perkahwinan kita.”


“Tapi cara abang cakap tadi macam pelik je.”


“Nak kahwin lagi ya?”


Suaminya tergelak kecil. Lucu dengan pertanyaannya.


“Kalau betul kenapa?”


“Safiyyah tak kisah tau. Nanti Safiyyah dapat payung emas di syurga.”


Suaminya tersenyum.. Isteri yang solehah. Moga dia menjadi bidadariku di syurga.


“Abang ni kenapa senyum-senyum ni?”


“Dah la. Lagi cepat kita masuk ke dalam lagi cepat Safiyyah dapat hadiah dari abang.”


“Okey..”


Dia membuka pintu kereta. Kereta hitam berkilat kepunyaan suaminya diparkir di tempat yang disediakan.



Di hadapannya tersergam sebuah bangunan canggih. Pintunya diperbuat

daripada kaca yang dihiasi kalimah ‘Lailahaillallah…

Muhamadurrasulullah..’.

Suaminya menggenggam erat tangannya, bagai tidak mahu dilepaskan.



****


Uwais memasukkan kad pintar kedalam ruang di tiang itu. Dengan pantas,


lantai yang dipijak bergerak ke atas menuju ke tingkat 8. Usai sampai,


dia menarik kembali kad pintarnya.


“Jom masuk sayang.”



Sekali lagi, dia memasukkan kad pintarnya ke dalam mesin pintu pejabat


di hadapannya. Lantas terpapar namanya di atas skrin mesin itu.


Beberapa minit kemudian, tertera perkataan ‘masuk’.


Dia memimpin tangan isterinya. Dengan yakin, dia memulas besi ringan yang terlekat di pintu pejabat itu.


Kelihatan seorang lelaki di dalam pejabat itu. Senyumannya mengisi


ruang wajahnya. Seakan terpancar nur keimanan pada rautnya yang tenang.


“Selamat datang Uwais Al-Qarni. Hari ini kau menunaikan janjimu.”


Lelaki itu menekan remote di tangannya. Kerusi di hadapan meja kaca itu terbuka.


“Sila duduk..”


“Terima kasih.”



Kelihatan lelaki itu mencari sesuatu. Dia menyelongkar laci kaca yang


terapung di atas, seperti kabinet kuno zaman 2008 yang diubah suai.


Cantik.. Gabungan seni lama dan baru.



“Isi maklumat diri dan zaujah. Err, siapa nama dia?”


“Nur Safiyyah binti Dr Tariq Ziyad.”


“Dr Tariq Ziyad? Macam biasa dengar. Subhanallah, kamu anak seorang pahlawan?”


Safiyyah hanya diam merendah diri.


“Bagus. Kamu menjejaki langkah ayahmu. Memang berdarah pahlawan..”


Uwais menekan-nekan skrin sensitif di hadapannya. Dia mengisi maklumat dirinya dan Safiyyah.


Safiyyah memerhati.



MISI JIHAD CINTA



Nama Mujahid : Uwais Al-Qarni bin Ammar

Nama Mujahidah : Nur Safiyyah binti Tariq Ziyad



Dan banyak lagi butiran yang diisi suaminya..



Hati Safiyyah berbunga riang. Inikah hadiah dari Uwais kepadanya?


Subhanallah.. Ya Allah, aku syukur padaMu. Cita-citaku semakin dekat.


Syahid menggoda rohku. Aroma syurga menggamitku.




Misi jihad cinta itu sudah lama diidam-idamkan. Peraduan Misi Jihad


yang dimenanginya itu menjadi hadiah yang amat bernilai. Peraduan ini


melayakkan pasangan suami isteri sama-sama berjihad di tempat yang akan
di hantar oleh ejen. Hanya 20 pasangan yang mendapat tempat dalam masa
setahun. Misi ini adalah peluang terbaik untuk mencapai pangkat syahid.



“Sayang, mana kad pintar? Butiran peribadi perlu disahkan.”



Safiyyah lantas mengeluarkan kad pintarnya dari beg tangan elektronik hadiah dari arwah ayahnya.


“Ni bang..”


Butiran peribadi mereka kemudiannya disahkan. Laptop kecil sebesar tapak tangan itu diserahkan kepada lelaki di hadapannya.


Lelaki itu menekan-nekan sesuatu. Kemudian dia tersenyum.



“Kamu berdua dihantar ke Kota Toledo.”



****


“Bang...”


Uwais mendongak. Raut indah milik isterinya direnung. Sinar keimanan yang terlakar menenangkannya.


“Ya?”


Safiyyah diam. Dia menunduk. Air jernih memenuhi kolam matanya.


“Kenapa ni? Safiyyah tak suka ya hadiah ni?”


“Abang.. Apa ni.. Bukankah itu yang kita tunggu-tunggu selama ni? Safiyyah pun tak sangka kita menang peraduan tu.”


“Habis tu.. Kenapa menangis?”

“Safiyyah tak sabar nak pergi sana. Lagi 2 hari kan bang..”


“Ya,abang pun tak sabar dah. Semakin dekat bau harum syurga..”


“Abang..”


“Ya?”


“Kita berjumpa lagi tak nanti di syurga?”


“Safiyyah sayang…”


“Ya bang..”


“Safiyyah nanti insyaAllah jadi Ainul Mardhiah abang di syurga. Jangan risau ya..”


“Safiyyah tak risau pasal tu. Safiyyah yakin kalau Safiyyah tak jadi


bidadari abang pun, abang akan dapat bidadari yang lagi cantik dan


solehah daripada Safiyyah.”



Kata-kata lembut isterinya membuatkan dia tersentuh. Subhanallah.. Aku

sayang dia keranaMu ya Allah. Maka temukanlah kami di syurgaMu, jangan


Kau pisahkan kami. Cukup hanya dia bidadari solehah yang telah kau


sediakan untukku. Moga di dunia dan juga di syurga.



“Safiyyah.. Ingat tak dulu zaman kita sama-sama ditarbiyyah?”



“Ingat bang.. Masakan Safiyyah lupa. Taman yang mengajar Safiyyah erti perjuangan.”


“Dan abang tak sangka Allah pertemukan kita. Ingat tak dulu kita asyik bertengkar untuk capai

kata putus dalam mesyuarat? Kelakarnya masa tu. Isteri abang ni petah betul berhujah. Sampai kadang-kadang buat abang geram.”

“Laa.. Abang juga pesan pada kami, kami kena jadi Muslimat Tarbiyyah.

Muslimat yang kuat menongkah ujian, tabah menghadapi dugaan, pantas

berfikir, berana membantah kebatilan. Kan?”

“Ya sayang. Muslimat masa tu semua kuat belaka. Abang tengok macam kering hati je.”


“Terpaksa la bang. Kalau kami tak jadi macam tu, habis la perjuangan.

Asyik-asyik merajuk, menangis. Nanti tak jadi kerja pulak.”


“Ya, abang faham.”

“Abang tengok la buktinya. Dah 3 orang ahli syura muslimat kita yang

dah kotakan janji. Dah dapat pangkat syahid. Safiyah yang terlambat


bang..”


Safiyyah pilu, janjinya belum dikota lagi. Dia sedang menunggu saat


kemanisan itu. Nanti akan dia capai tangan sahabat-sahabatnya di syurga


nanti. Sahabat-sahabat, tunggu kedatanganku. Hatinya menyeru.



“Sabar la. Tak lama lagi..”



****


Di khemah persiapan, Kota Toledo.



Malam itu mereka tekun. Hati dan jiwa betul-betul diserahkan kepada


Allah. Setiap saat dipenuhi dengan solat-solat sunat, berzikir dan


alunan bacaan Al-Quran.



Di atas sejadah itu, Uwais memegang tangannya. Erat dan kemas. Tampak air matanya mengalir.


Safiyyah juga menangis hiba. Tiada kata yang mampu diungkap. Bukan

airmata sedih yang sedang mengalir. Tetapi armata bahagia, bahagia

kerana bakal menemui Rabbnya.




“Nur Safiyyah.. Terima kasih kerana menjadi isteri abang selama ini.

Safiyyah isteri solehah abang. Selama setahun kita kahwin, tak pernah

sekali pun Safiyyah sakiti hati abang. Safiyyah gigih berusaha menjadi

yang terbaik.”



Esakan isterinya semakin kuat. Hatinya pedih dalam gembira.



“Safiyyah, Allah temukan kita dalam lapangan perjuangan. Dan kita

berjanji akan hidup dalam lapangan ini selamanya. Matlamat kita jelas,

hidup mulia atau mati syahid. Sekarang di hadapan kita peluang,

Safiyyah kena serahkan pergantungan bulat-bulat pada Allah. Bila kita

sama-sama jalankan misi itu nanti, Safiyyah kena ingat Allah

banyak-banyak. Jangan fikir pasal abang lagi, tinggalkan dunia. Ingat

syahid.”



Abang sayang Safiyyah kerana Allah. Abang minta maaf sebab tak dapat

nak beri Safiyyah apa-apa ganjaran selama Safiyyah berkorban jadi

isteri abang..”


“Abang, Safiyyah tak minta apa-apa pun.”


“Kita jumpa di syurga ya.. InsyaAllah..”



Dahi isterinya dikucup lembut.



“Abang ada satu permintaan.”


“Apa dia bang?”



“Baju tu. Nanti Safiyyah kena pakaikan untuk abang.”



“Ya,InsyaAllah. Abang pun ya.”


“Ya,InsyaAllah.”




Safiyyah bangun menuju ke hujung khemah, dia mengambil 2 pasang

baju putih yang tergantung di atas tali. Tertulis perkataan “Peserta Misi

Jihad Cinta” di belakang baju putih milik suaminya. Di bahagian hadapan

sebelah kiri, tercatat nama Uwais Al-Qarni dan di sebelah kiri terdapat

bendera kecil tertulis kalimah agung Lailahaillallah

Muhammadurrasulullah. Juga pada bajunya.



“Assalamualaikum.. Akh Uwais..”



Terdengar suara member salam. Safiyyah merenung lembut wajah suaminya.


“Waalaikumsalam.”


Uwais membuka pintu khemah.


“Akh, sekarang sudah tiba masa kalian. Seruan jihad sudah dipalu.”


“Baiklah. Terima kasih.”


Uwais menutup kembali pintu itu. Dia pusing menghadap isterinya.


“Sayang, dah tiba masanya.”


“Ya.”

Lantas baju jihad disarungkan ke tubuh. Usai keduanya bersiap, Uwais memandang isterinya.


“Kita jumpa di syurga ya.”


“InsyaAllah bang. Sekejap lagi kita bertemu semula.”



****

Boomm..


Boommmm..


Boommmmm..

Dentuman demi dentuman terdengar. Mereka tekun melaksanakan misi jihad.


Bumm!


Di sebuah tempat, terdampar beberapa tubuh. Bajunya berlumuran darah. Ada peluru tertimbus di dada dan di sekitar tubuh mereka.. Harum darah syuhada’, rautnya tersenyum megah. Antaranya adalah pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Kini dia sudah mengotakan janjinya.


Bummm!


Dan, di sebuah tempat. Darah mengalir laju. Wanita berjilbab itu

ditembak di belakang badannya. Peluru tertimbus dalam. Nur Safiyyah

tersenyum.

Roh para syuhada’ itu berterbangan di langit. Uwais dan Safiyyah sudah mengotakan janji. Mereka bertemu di syurga.

Dipetik dari,
www.halaqah.net

Peserta 'Misi Jihad Cinta' seterusnya?

sekian, wallahu a'lam..

13 comments:

Farihin Asnur said...

Salam..

apasal boomm!?
I ges I don't really undrstd this story..

but in terms of the couple, yes they are sweet:)

wassalam..

elraziey said...

misi jihad cinta..
بارك الله فيك
سلمت وسلمت يداك..
wslm.

Future Murrabi said...

salam atus..
dh lame x mengarut dgn awk kn??
dh lame jgk x drg awk mengarut dgn mimie..
haha..

cite ni wat sniri ke??

ana_humaira said...

to farihin asnur: wassalam farihin,this story actually telling about jihad of two couple marriage, they really want to jihad fi sabilillah and they believe Allah's promise to them.
(refer to surah An Nisa’(4) verses 95-96 and surah ali imran(3) verses 169-170).

to elraziey : salam..syukran, barakallahu fik aidhon..

to future murabbi: wassalam syafiqah,tau xpe..mai la dtg ke banting ni..rindu sma kamu smua ya shbt2 sekalian..crta ni dpetik dri lmn web halaqah.net..crta yg mnrik..:)

Al-Zakwanism.. said...

Inilah yg dinamakan cinta hakiki..

ana_humaira said...

kekuatan cinta..Menuju Rabb yang Esa..'Bercinta sampai ke Syurga'

at-toriQ said...

humaira dear,

salam dari bumi budu..
hehe

ada komen untuk post ni.
kite bual iman di rumah kamu nanti ye..

salam mujahadah.

daffodil

ana_humaira said...

dear at-tariq,

salam dri bumi tempe,

penntian 'halaqah iman' di rumh ana x sabo nk tggu..hehe..cpt2 trun ke bumi tempe, jgn lpe bwk ole2 dri bumi budu..

salam perjuangan

farahan31 said...

salam alaik...terlalu indah kisah percintaan ni...

menitik air mate kesayuan ketika sye bce kisah ni...

moge ia memberi pengajaran dan teladan kpd sy dn juga org len..

wslm...

ana_humaira said...

wassalam 'alaik farahan,.
naam sebuah cerita yang memberikan sejuta pengertian buat smua
betapa indahnya sebuah perjuangan kerna Allah sepasang suami dan isteri....moga same2 kita fikirkan dan muhasabah diri kta bersama..:)

syukran..

zikr said...

cerita yang menyusuk kalbu .....cinta antara dua hamba allah dipertemukan atas dasar janji yang diredhai....ha ha..ha... do the best at csnada ok by harun

zikr said...

cinta dengan restu antara dua hamba allah yang amt meyentuh hati hingga menyusuk kalbu by harun okay do the best for study at canada

khalidah alhusna kamilen said...

salam :)

memang seronok cerita ni.
rasa nk nangis je atus..
heehee..

byk iktibar yg boleh kite ambil dri misi jihad cinta..
so sweet dn byk ibrohh..

bgus, teruskan.!jgn lupe akuuu.....

(husna kamilen)

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook