Hidup Beri Manfaat

Friday, August 21, 2009

Bingkisan 'Qaseh' buat anak-anak murid Maahad Ihya' Al-Ahmadi

Hari ini, selesai misi mengajar sementara di sebuah sekolah di ceruk desa di tempat saya dibesarkan. Sayu dan syahdu rasanya meningglkan MAAHAD IHYA' AL AHMADI, 2 bulan mengajar di sana cukup membuat saya menyelami dan merasai pengalaman sebagai seorang guru. Alhamdulillah, saya dikurniakan pelajar-pelajar yang cukup baik dan juga mudah untuk diajar. Kadangkala mengajar ni menguji kesabaran juga, tapi itulah lumrah kalau kita nak mendidik bukan senang, tapi keperitan itu la yang kita perlu telan untuk menghasilkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik semata bahkan sahsiah dan juga akhlak perlu cemerlang. Itulah yang selalu saya ingatkan pada pelajar-pelajar dan tak lupa juga kepada diri saya sendiri.


Mencungkil bakat bakal pendebat


Pelajar-pelajar Maahad Ihya' Al-Ahmadi

22hb Jun 2009 selepas tamat BTN saya mendaftar di MAAHAD IHYA' AL AHMADI, sebagai guru ganti mengajar subjek MATHEMATICS untuk tingkatan 2 sehingga tingkatan 5. Kehadiran saya di sekolah berkenaan merupakan salah satu misi yang perlu diselesaikan sebelum saya fly. Alhamdulillah, selesai sudah. Hari ini ana meninggalkan MIA dengan penuh harapan agar diri ini melihat pelajar-pelajar ini berjaya pada masa depan dan bakal memegang post Ulama', pemimpin yang amanah, dan juga berkerjaya yang tinggi2 suatu hari nanti supaya mereka dapat membela keluarga, ummah dan juga negara. Harapan untuk anak-anak murid yang menghafaz Al-Quran, moga-moga para huffaz, bukan sahaja memegang title AL-HAFIZ bahkan boleh menguasai pelbagai bidang seperti perubatan, ekonomi, kejuruteraan dan sebagainya.



Pelajar-pelajar tingkatan 2



Pelajar-pelajar tingkatan 3

Alhamdulillah, masa cuti 2 bulan diisi bersama dengan adik-adik sekalian. Terdetik di hati keseronakan mengajar kalian semua. Tak dapat nak diungkapkan keronokan yang tergambar dalam hati ini. Terima kasih buat adik-adik dan juga rakan sekerja semua yang memberikan kerjasama dan sokongan sepanjang ana berada di sana. Buat terbaik untuk peperiksaan kalian, PMR, SMA, dan juga SPM. Buktikan kepada ibu, bapa,keluarga dan juga guru-guru adik-adik sekalian yang adik boleh mencapai kecemerlangan akademik dan tunjukkan akhlak yang terbaik. Perjalanan adik-adik masih jauh dan kuatkan jati diri untuk menempuhi kehidupan selepas ini. Doakan perjalanan ustazah selamat pergi dan selamat pulang dalam meyahut jihad di bumi Canada. Dan doakan juga moga kejayaan dunia dan akhirat kita kecapi bersama, aameen...InsyaAllah. I LOVE U ALL.


Buat anak-anak murid,
Tiada ungkapan kesenangan dalam mengecapi semanis kejayaan,

Pengorbanan itu mengajar kita betapa payahnya hidup dan juga
betapa berharganya kejayaan yang dikecapi,
Bawalah harapan ayah, bonda dan juga keluarga bersama dalam setiap langkah,

Perjalananmu masih panjang dan kuatkan semangat dalam menempuh cabaran hidup,

Kuatkan jati diri kalian, bawalah kecemerlangan akademik dan juga sahsiah,

Kaulah permata harapan ayah dan bonda, pendamping masyarakat, pelapis ulama' dan pemimpin,
Moga kau buktikan 1 hari nanti, yang kalian boleh berjaya...


SALAM SAYANG SELUAS MAHABBAH BUAT AMTUM SEMUA...

12 comments:

everjihad said...

Seronokkan jadi cikgu!
hihik2...

moga saham akhirat bertambah!

Nuur Halimatus Sa'adiah said...

memang seronok ain..
InsyaAllah..mudah2han..
moga menjdi modal insan cemerlang hendaknya mereka2 ni..

Faarihin said...

Macam seronok jadi cikgu.. tapi saya tak sesuai sgt.. sbab terlalu cepat marah.. lepas ni uat pe? sambung blaja yer?

slamat menjalani ibadah puasa.. (^__^)

Nuur Halimatus Sa'adiah said...

tak pernah pun terfikir sebelum ni utk mengajar, tpi alhamdulillah Allah bukakkan hati utk sma2 berjuang dalam arena pendidikan walaupun buat sementara..Aah, InsyaAllah selpas ini sambg belaja, doakan ana untuk perjuangan seterusnya..Salam Mujahadah..('_')

zikr said...

bye bye see you next time ustazah halimatus saadiah we will mis you
from 2A

Nuur Halimatus Sa'adiah said...

syukran zikr..
InsyaAllah, jika dpanjangkn umur..we will see again later..
I'll remember and miss you all especially for class 2A..
the sweet memories will always in my heart..
Study hard you guys and good luck for your undertaking..:)

sarah_gurlz mia said...

we'll miss you ustazh..jse ustzh x dpt kmi bls..sgle tnjuk ajr ustzh kmi iringi dgn ucpn syukran ya ustazh..doakn kmi m'dpt kputusn yg cmrlg dlm pmr seterusnya dpt m'bggakn sluruh wrga maahad ihya' al-ahmadi..insyaAllah..SALAM SAYANG TULUS IKHLAS DARI KAMI..PLJR2 TINGKTN 3(MAAHAD IHYA' AL-AHMADI..

i1 said...

wah, mane aci.... enti dah dapat title ustazah...

xpe2... ana low profile...

moga kite akan bertemu lagi...

hari tu nk jupe last tym pun x sempat... ngeri tgk antuna semua peluk2... err...

ibnuazlan said...

Ini suma bakal ulama-ulama terkemuka negara ni.

Nuur Halimatus Sa'adiah said...

for sarah and student form 3,
Afwan 'alaikum, blaja rajin2..thun ni PMR, buat yg terbaik..jdikan ia sebgai permulaan utk antum melngkah lebih jauh lgi..InsyaAllah, sme2 kita doa utk kejayaann kita brsama..iringan ustazah dlm doa kalian, InsyaAlla pnjng umur, ade rzki..kita bersua lgi..:)

SALAM SAYANG DAN RINDU buat kalian smua...

Nuur Halimatus Sa'adiah said...

to i1,
InsyaAllah..
selamat berjuang dbumi Allah..:)
Doakan kami semua,moga dpermudhkan sgala urusan..

to ibnuazlan,
ameen..InsyaAllah..
itulah hrpan Ayah, Ibu, dan jg msyarkt,
moga 1 hri nnti, institusi ulama' dijulang dan dimartabatkan oleh smue..

Ku lyn said...

Salam alaik, boleh ana dptkan tel nombor maahad ni utk kemasukan pelajar baru?

Jazakillah khair

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook