Hidup Beri Manfaat

Thursday, July 16, 2009

Manisfestasi tarbiah dalam kepimpinan~KNQ09

Alhamdulillah..Kem Nadwah Qiayadah 2009 sudah melabuhkan tirainya selepas begitu lamanya kami berhempas pulas merancang, dan merangka kem ini. Alhamdulillah, dengan tekad diri, sahabat-sahabat dan teman-teman akhirnya KNQ09 berjaya dijalankan dengan jayanya selama 3 hari 2 malam bermula dari 10hb Julai sehingga 12 Julai 2009. Program ini khusus kepada para pengawas dan juga pelapis lujnah asrama SAMTTAR bagi tahun2 akan datang.

Peserta, fasilitator dan ajk dari kalangan Banin

Peserta, fasilitator dan AJK dari kalangan banat


" Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara" sering kita dengar dan begitu significant maksud yang tersirat disebaliknya. Sering kali kita utarakan anak-anak adalah pelapis warisan keluarga, bangsa, masyarakat, agama dan negara. Tapi berapa ramai yang mengambil berat akan persoalan ini, sedangkan arus globalisasi mencengkam minda anak-anak muda pada masa kini. Seluruh seantiro dunia sibuk merangka strategik dan prasarana seiring dengan kemajuan globalisasi tapi di mana bakal pelapis pemimpin berteraskan Al-Quran dan As-sunnah dititik beratkan. Dunia seakan melihat pemimpin liberal adalah hebat, manakjubkan, bijak tetapi modul melahirkan pemimpin yang mendukung Al-Quran dan As-Sunnah dianggap enteng oleh sesetengah pihak. Sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin Islam pada zaman Rasulullah,Khulafa' As-Rasyidin, Umaiyah adalah pemimpin yang hebat-hebat belaka. Bagi melahirkan Pemimpin Islam perlulah diterapkan seawal mungkin. Nilai-nilai Islam, nilai-nilai murni, sifat2 pemimpin Islam perlu diperkenalkan pada anak2 muda pada masa kini supaya mereka sedar akan peranan mereka khususnya terhadap Islam dan juga negara umumnya kepada seluruh bangsa, keluarga, masyarakat dan juga diri. Tiada guna menjadi pemimpin jika duniawi dikejar semata2, rakyat pincang ditinggalkan oleh pemimpin yang mengejar nikmat kebendaan.

Kem Nadwah Qiayadah yang telah diadakan di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Banting, Selangor pada 10 julai hingga 12 Julaia 2009, telah memberikan ruang untuk bersama2 mentarbiah diri ini dan juga adik-adik untuk mencari pengertian sebuah kepimpinan dan matlamat hidup. Tarbiah yang cukup mantap diberikan sepanjang kem dijalankan, dengan meletakkan modul-modul yang membuatkan peserta2 membuka mata, dan juga mula bercakap membuatkan peserta2 seakan tercabar dengan modul yang disampaikan. Tetapi itulah lumrah, apabila manusia diasak beberpa kali tohmahan dan dugaan , kadangkala keseimbangan emosi boleh tercabar.Tapi matlamat kami, ingin meletakkan peserta2 ini supaya hebat berfikir dan mengutarakan pendapat, sebagai pemimpin di saat globalisasi menuju ke arah kemajuan, pemimpin perlu memainkan peranan yang bijak dan pemikiran yang luas dan bernas serta tangkas menjadi salah satu teras kekuatan.

Pemimpin yang berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, luas dan tinggi ilmu agama adalah pemimpin yang amat diharapkan dewasa ini, pemimpin inilah yang bakal mencorak masa depan ummah dan negara berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah. Akhlak yang mulia menjadi ikutan bagi mereka yang dipimpin, inilah yang dikatakan kepimpinan melalui teladan.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 44:
اتاء مرون الناس بالبروتنسون انفسكم وانتم تتلون الكتاب افلا تعقلون
'Patutkah kamu menyuruh manusia melakukan amalan baik, sedangkan kamu lupa diri kamu sendiri. Padahal kamu semua membaca kitab Allah.Tidakkah kamu berakal?'

Jelas ayat dia atas, sekiranya kita memimpin manusia seharusnya kita harus memimpin diri kita bersama dan patut didahulukan. Seorang pemimpin menginginkan rakyatnya berakhlak, berketerampilan, tinggi jati diri, berilmu pengetahuan, luas ilmu agama, justeru itu sebagai pemimpin yang akan memimpin rakyatnya perlulah merpersiapkan diri dengan nilai2 yang patut dan perlu pada seorang pemimpin agar kelak tidak menjadi pertanyaan oleh Allah ya Rabb.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Pengetahuan kami pada kemurahanMu
Itulah yang memberhentikan kami
di pintuMu
Bagaimana kami akan kecewa?
Sedangkn Engkaulah harapan kami
Bagaimana kami akan dihina?
Sedangkan Kaulah tempat sandaran
Bagaimana kami akan mulia berbangga?
Sedang Engkau menempatkan kami
dalam lemah dan hina
Bagaimana kami akan miskin?
Padahal Engkaulah yang mencukupkan
Hidupkanlah hati-hati ini Ya Allah
dengan MakrifatMu
Matikanlah kami
sebagai pejuang agamaMu
Bantulah kami dalam menunaikan
tanggungjawab sebagai pemimpin
Ingatkanlah kami,
bahawa kami hanya seorang hamba
Supaya kami tidak lupa
Kuatkan hati-hati kami Ya Rabb
Supaya setia di jalanMu
Moga syahid menjadi impian kami


Ameen Ya Rabb..


Seuntai kata 'Syukran Jazilan' kepada semua yang telah merealisasikan Kem Nadwah Qiayah SAMTTAR 2009...Moga apa yang kita usahakan mentarbiah diri kita bersama...I love you All
.
Wallahu'alam..

7 comments:

padukasalaf said...

yea2...

ini si macho... menggunakan id org laen...

ana_humaira said...

ahlan wasahlan si macho @ student UTP..moga dakwah terus digalas..selmat berjuang...

mujaheedah90 said...

alhamdulillah...
brjaya gak program mu neh dijalankan slps byk dugaan dan rintangan yg trpaksa dihadapi..
ngeh3..
act,aku tringin gak nak tau mne satu orang tu..
haha..

ana_humaira said...

alhamdulillah..syukur..tm kasih kpd shbt2 yg bgi sokongan..:)

NurshahidahZahid said...

aku jugak yg tercicir nak ucap tahniah. huhu.. tahniah atus~ selepas menempuh pelbagai dugaan yg disaksikan oleh kami. CikLaili & CikShidah. hik3.. moga tercapai matlamat prog ni.. :)

p/s: laili, diam2. jgn sibuk. :P

ana_humaira said...
This comment has been removed by the author.
ana_humaira said...

to cik shida & cik laili..

thanks a lot for your support.,
tak sia2 ajak kamu2 ke banting,
sweet memories dan jemput dtg lagi ke banting..:)

P/s: jumpe kamu berdua, adela yg kena..:p

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook