Hidup Beri Manfaat

Friday, June 26, 2009

Kaulah permata bernilai wahai adik-adikku sayang....

Entri kali ni berkenaan dengan program amal Nisa' Sepang 2009 kali 1. Program turun padang remaja-remaja yang merupakan 'permata parlimen sepang' diadakan pada 10 dan 11 Jun 2009 yang lalu, disertai oleh remaja-remaja muslimah seluruh sepang kira2 60 orang peserta. Bertujuan memperkenalkan Nisa' Sepang kepada warga sekitar sepang, serta memberi pendedahan dan pengalaman kepada remaja2 ini dalam menjalankan kerja2 amal. Memang menyeronokkan dan memberi 1001 kenangan buat diri ini dan juga adik-adik peserta program amal nisa' sepang ini.

Adik-adik peserta dibahagikan kepada 2 kawasan, 1 group ke kawasan Sungai Merab dan sebahagian ke Bukit Bangkong, Sepang. Dan saya diberi arahan untuk ke kawasan Bukit Bangkong kerana kekurngan kakitangan..Sasaran pertama kumpulan kami adalah PUSAT LATIHAN ORANG KURANG UPAYA, Bukit Bangkong. Pengalaman pertama buat diri ini ke pusat kebajikan kurang upaya, bertemu dengan saudara-saudari kita yang tidak sempurna kemampuannya dan mugkin juga pengalaman yang pertama juga buat adik-adik Nisa' Sepang. Sesampainya di sana, kerja-kerja gotong-royong sekitarnya dijalankan..aktiviti kami adalah menanam pokok betik di belakang pusat ini, kemudian kerja2 membersihkan bahagian depan..adik2 remaja lain juga mengambil tugas masing2...lap tingkap, sapu sampah, cabut rumput dan sebgainya...

Gotong-royong..Rajin adik2 remaja sepang ni

Jom tanam pokok betik 'harap2 pkok ni berbuah lebat'

mashitah, kak ros, kak wani...

Setelah habis sesi gotong royong, menjamu jamuan disediakan oleh pihak pengurusan pusat latihan kurg upaya sambil melayan Orang Kurang Upaya di pusat berkenaan. Adik-adik dapat merasakan beruntungnya mereka kerana dikurniakan Allah pancaindera dan keupayaan yang cukup. Kadangkala melihat saudara-saudari kita yang kurang upaya ini, mereka tidak banyak karenah cuma kebarangkalian mereka malu dengan kehadiran ramai orang pada waktu itu.
Pendekatan kasih sayang adalah penting untuk melayan anak-anak istimewa ini. Sempat juga duduk dan bercerita dengan ibu bapa yang hadir pada hari itu.

Ramah mesra bersama OKU

Tertarik dengan seorang saudari, namanya kak Esah..amat friendly dan ceria. Bila saya cuba untuk mendekatinya, kak Esah balas dengan senyuman dan sapaan mesra menandakan kak Esah suka akan kehadiran kami. Menurut seorangg penyelia di pusat tersebut, kak Esah ni walaupun tidak sempuran tetapi dia mampu untuk menjaga maknya yang sakit parkinson dan juga 3 orang anak buahnya. Ia membuatkan kami kagum dengan kebolehan yang dimiliki oleh kak Esah, walaupun kak esah tidak sempurna, kak Esah masih mampu memberikan kasih sayang yang amat kepada keluargnya.


Tamat aktiviti di Pusat Latihan Orang Kurang Upaya, Bukit Bangkong....sebahagian kami ke Batu Laut termasuklah ana..ke sebuah rumah yang mana seorang anggota keluarganya lumpuh sebahagian anggota badan. Misi kami ke sana adalah gotong royong membersihkan kawasan rumah, dalam rumah dan ketua rombongan kami ke Batu Laut memberikan sedikit bantuan barangan dapur untuk kegunaan keluarga tersebut.

Destinasi seterusnya, ke Pantai Bagan Lalang...ape agaknya aktiviti kitorang di sini ye?ermm..seronok2...adik-adik dikumpulkan seramai 60 lebih org di sini, khemah dipasang...suasana pantai dirasai....Amatlah gembira adik-adik ni, aktiviti petang dijalankan di tepi pantai..main bola jaring, bola tampar, futsal dan sebgianya.

Malamnya, selepas solat maghrib berjemaah...adik-adik dikumpulkan utk membca mathurat di halaman luar surau..selpas habis mathurat, disebabkan healer dipegang oleh saya..kenala bagi tazkirah kat adik-adik remaja ni...ape lagi, mula la untuk sesi membebel kat adik2 ni...alhamdulillah, ade juga peluang sampaikan apa yang nak diluahkan,..topik yang dibawa..berkenaan dengan remaja permata harapan agama, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara...lebih kurang gitula bunyinya..disebabkan masa yang dibgi panjang sementara tggu isya', jadi bagila ape2 yang patut diorang ambik tahu, masalah sosial sekarang dan sebagainya..kemudian solat isya', makan malam..aktiviti malam sedikit...dan malam dilabuhkan tirainya.

*Di kala kegelapan malam itu, ana memkirkan result ana...al-maklumlah 10 jun tula tarikh keramat result ICPU keluar...result2..

Pagi-pagi, bangun Qiamullail dimulakan seawal jam 5.00 pagi.Alhamdulillah, tiadalah yang syahid ketika bersujud..selesai solat subuh, peserta boleh bermain2 lagi di tepi pantai (acara bebas),bersiap kemudian menjamu sarapan yang disediakan.

Kemudian, lagu MATAHARI dri SNADA didengari dan peserta mesti buat gaya seperti yg diarahkan... kak Shidah, kak Zizah conduct untuk lagu ni..Selepas itu, aktiviti treasure hunt dimulakan...adela sebahagian gambar yang sempat diambil...

Gaya untuk nasyid MATAHARI

Treasure hunt@ beach

Kena jumpa dengan kak shidah, ketua Nisa' Sepang

Tidak berkesempatan berada di program tu sehingga habis program, terpaksa pulang awal kerana 11 jun 2009 adalah hari 'Graduation ICPU'.Alhamdulillah, dpt juga pergi program amal Nisa' Sepang ni, jumpa denga permata-permata bernilai yang menjadi modal insan penggerak masa depan ummah, agama dan negara pada masa depan, Insya-Allah.

"Ya Allah, Kau peliharalah dan lindungilah anak-anak ini, adik-adik kami ini dari persekitaran yang merosakkan, dari sifat-sifat mazmumah, perkara2 yang melalaikan...Kau tetapkanlah hati mereka supaya tetap di jalanMu, Istiqamah dalam amal kebaikan, terdidik dengan sifat mahmudah, jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah,dan kurniakanlah kepada mereka kejayaan di dunia dan akhirat...." ameen Ya Rabb....

2 comments:

.::FasiHaH::. said...

what a preciOus day being there!
i missed my day there!

u r very lucky been there..

Future Murrabi said...

salam atus,
bile nk update ni??
khemah bergerak kene sentiasa bergerak...

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook