Hidup Beri Manfaat

Thursday, June 25, 2009

بولن رجب ::

بسم الله الرحن الرحيم

Alhamdulillah, syukur kepada yang MAHA ESA. ALLAH Rabb yang masih memberikan kesempatan kepada kita selaku hambaNYA untuk menghirup udara di atas bumi ini...syukur juga kita masih dipertemukan semula dengan Bulan Rajab 1430H...dalam 12 bulan kalendar Islam, ada 3 bulan yang amat istimewa dan juga banyak fadhilatnya iaitu Bulan Rejab, Bulan Sya'aban dan Bulan Ramadhan. Bulan Rejab adalah bulan Allah S.W.T....

Ambillah sedikit waktu, untuk sama2 kita muhasabah diri kita dan tingkatkan amalan kebaikan, moga darinya kita dapat meningkatkan pahala dan juga meninggikan martabat diri seorang hamba (takwa) di sisi Allah..Moga kita istiqamah dalam setiap amalan kebaikan dan hati kita terdidik untuk melakukan amalan soleh dan mahmudah...Ingatlah dunia hanya persinggahan yang sementara, indah bagi mereka yang betul merasa kelazatan dan indahnya halawatul iman..mumtaz fi dunia wal akhirat menjadi sasaran....bukan dunia semata..akhirat sebagai tujuan hidup..perjuangan itu indah dan manis kalau kita merasa Allah itu dekat dan sentiasa bersama kita, gelisah menjadi peneman kepada mereka yang jauh sekali hati mereka dari penciptaNYA..Allahu Rabb...

اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا شَهْرَ رَمَضَانَ، واَعِنَّا عَلَى الصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَحِفْظِ اللِّسَانِ، وَغَضِّ الْبَصَرِ، وَلاَ تَجْعَلْ حَظَّـنَا مِنْهُ الْجُوعَ وَالْعَطَشَ

(Ya Allah, berkati kami di bulan Rejab dan Sya’ban, sampaikan kami pada bulan Ramadhan. Bantulah kami untuk melakukan puasa, qiamulail, menjaga lisan dan menjaga pandangan, dan jangan jadikan puasa kami hanya lapar dan dahaga.)

*Digalakkan membaca doa di atas setelah masuknya bulan Rejab


Rejab merupakan bulan yang istimewa bagi umat Islam untuk memperbanyak ibadah. Sebab di bulan Rejab berperangpun diharamkan guna memberi kesempatan kepada umat Islam agar leluasa melaksanakan ibadah (amalan).

Marilah kita sama2 berazam untuk berpuasa sebanyak yang mungkin dalam bulan Rejab dan Sya'aban sebagai persediaan menempuh bulan Ramadhan dan juga tingkatkan amalan kebaikan, moga kita mendapat ganjaran di sisi Allah.....


Sekian, wallahu'alam..

2 comments:

taniameow said...

Rasulullah Saw bersabda: “Bulan Rejab adalah bulan Allah Yang Maha Agung, tidak ada bulan yang menandingi kemuliaan dan keutamaannya. Di dalamnya diharamkan berperang dengan orang-orang kafir, kerana bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku. Barangsiapa yang berpuasa sehari di dalamnya wajib baginya memperoleh ridha Allah, dijauhkan dari murkanya, dan diselamatkan dari semua pintu neraka.”


sila ke:

http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2009/06/bulan-rejab.html

http://lenggang-kangkung-my.blogspot.com/2009/06/fadilat-bulan-rejab.html

http://drmaza.com/home/?p=646#more-646

ana_humaira said...

syukran taniameow...

Popular Posts

Seorang hamba yang masih meniti perjalanan duniawi dalam perjalanan mencari mardahatillah, kerana ganjaran di sana nanti terlalu berharga dan tiada tandingannya,justeru kehidupan yang berliku mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan penyerahahan kepada Allah. Di sana nanti menanti Syurga Idaman dambaan setiap insan yang sentiasa mengharap Keredhaan Allah. Aspirasi Perjuangan Menyusuri Kehidupan. "Ya Allah, bantu hambu ini Ya Allah, jadikan aku kuat dalam perjalanan ini semoga aku sampai ke destinasi dengan keadaan Engkau Redha akan diriku.."

Keep in Touch with Us on Facebook